Tempatan

Jangkitan Kes COVID-19 Pasti Berlaku Selepas Sambutan Aidilfitri – Dr Zainal Ariffin Omar

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AHAD, 08 Mei 2022 – Pakar Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar tidak menolak kemungkinan bahawa terdapat risiko peningkatan kes COVID-19 selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Masih ada risiko penyakit menjadi serius apabila berhadapan dengan varian baharu. Jangkaan tentang peningkatan kes pasti berlaku selepas sambutan Aidilfitri.”

Ini kerana sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini menyaksikan kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diberikan Kerajaan termasuk kebenaran bersalaman dan program ziarah.

Tambah Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, risiko Malaysia diramal mengalami kenaikan jangkitan positif COVID-19 selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri antaranya adalah disebabkan golongan rentan terdedah dengan wabak COVID-19 apabila ahli keluarga pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Justeru, golongan rentan terutama warga emas perlu diberi perhatian.

Selain itu, “Masih ada risiko serius buat masyarakat yang tidak mengambil vaksin dan mengamalkan SOP terbaharu ketika sambutan Aidilfitri,” jelas beliau lagi.

Sementara itu, dalam satu hantaran di Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga mengingatkan orang ramai bahawa walaupun varian Omicron lebih ringan jika dibandingkan dengan varian Delta COVID-19, ia masih berbahaya terutamanya bagi mereka yang belum mengambil vaksin.

“Walaupun omicron dikatakan lebih ringan daripada varian delta, ia masih berbahaya terutamanya kepada mereka yang tidak divaksinasi.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: