Tempatan

Jangkaan UN, Kadar Kelahiran Malaysia Merudum 9 Kelahiran Bagi 1,000 Orang Tahun 2102

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 20 Ogos 2022 – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan kadar kelahiran di Malaysia akan merudum kepada sembilan (9) kelahiran bagi setiap 1,000 orang pada tahun 2102.

Data yang ditunjukkan oleh laman macrotrends menyatakan, kadar kelahiran semasa bagi Malaysia pada 2022 ialah 16.066 kelahiran bagi setiap 1,000 orang, penurunan sebanyak 1.18% daripada 2021.

Daripada tahun 1950, kadar kelahiran di Malaysia terus merekodkan penurunan dari tahun ke tahun.

Menurut laporan Vital Statistics Malaysia 2021, Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) bagi wanita umur reproduktif di Malaysia merosot kepada 1.7 anak pada 2020 berbanding 1.8 anak pada 2019.

“Kadar kesuburan pada 2020 adalah yang terendah dalam tempoh empat dekad dengan 4.9 anak bagi setiap wanita pada 1970.”

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, semua negeri mencatatkan TFR di bawah paras penggantian 2.1 (purata bilangan anak yang perlu dilahirkan oleh seseorang wanita dengan menanggung seorang anak perempuan yang hidup sehingga anak itu melahirkan anak) kecuali Terengganu (2.9 anak), Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.8 anak) dan Kelantan (2.7 anak).

Ujarnya, trend kemerosotan kadar kesuburan di Malaysia adalah selari dengan negara maju lain seperti Australia (1.7 anak), United Kingdom (1.7 anak), Amerika Syarikat (1.7 anak), New Zealand (1.6 anak), Jepun (1.4 anak) dan Korea Selatan (0.9 anak).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: