NGO

Jangan Sentuh Sensitiviti Umat Islam – Pergerakan Belia India Muslim Malaysia

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Jun 2022 – Pergerakan Belia India Muslim Malaysia melalui jurucakap mereka, saudara Muhammad, telah mengingatkan kerajaan di India supaya tidak sentuh sensitiviti umat Islam.

Bercakap di Himpunan Bantahan Penghinaan Kepada Nabi Muhammad di hadapan bangunan Kedutaan Besar India di ibu negara semalam, beliau menegaskan bahawa setelah Bharatiya Janata Party (BJP) memerintah India, pelbagai isu yang menimbulkan kemarahan umat Islam dicetuskan.

BACA: Hina Nabi Muhammad, Kini Nupur Sharma Disiasat Polis

BACA: Kerajaan India Mesti Dahulukan Perdamaian Sesama Manusia! – Senator Wanita PAS

BACA: Islam Bukan Agama Tetapi Sekumpulan Perogol – Radhakrishna

Beliau kemudiannya mengingatkan supaya kerajaan di India tidak ‘mengusik’ Nabi Muhammad S.A.W.

“Umat Islam sangat-sangat sayangkan Rasulullah S.A.W., oleh itu, kita tidak mahu sesiapa membangkitkan isu Nabi Muhammad S.A.W,” tambah beliau tegas.

Beliau juga menjelaskan bagaimana Nabi Muhammad S.A.W. adalah umpama ‘jiwa’ bagi umat Islam di mana umat Islam sangat-sangat menyanjungi baginda S.A.W.

Beliau mengakhiri ucapan penuh semangat tersebut dengan mengingatkan supaya negara India secara khususnya dan negara-negara lain secara amnya, tidak memainkan isu-isu yang sensitif bagi umat Islam.

Leave a Reply

Back to top button