Tempatan

Penukaran Agama Secara Sepihak Bertentangan Dengan Perlembagaan – Pesuruhjaya SUHAKAM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 Februari 2022 – Pesuruhjaya Kanak-Kanak (CC) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Profesor Dato’ Noor Aziah Mohd Awal menegaskan bahawa penukaran agama secara sepihak adalah bertentangan dengan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

BACA: Polis Mesti Ambil Tindakan Terhadap Pihak Berkuasa Agama Perlis – P. Ramasamy

BACA: Enakmen Islam Perlis Bertentangan Keputusan Mahkamah Persekutuan – Dr P. Ramasamy

BACA: Kenyataan Dr P. Ramasamy Bersifat Provokatif Dan Melampau – Pengerusi PEMBELA

Perkara ini dinyatakannya dalam satu kenyataan media susulan kejayaan seorang ibu mendapatkan hak penjagaan terhadap tiga orang anaknya yang kini merupakan Muslim.

Menurut Profesor Dato’ Noor Aziah yang juga Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) itu, persetujuan kedua ibu bapa adalah perlu dalam menentukan agama anak.

“Berhubung isu pertukaran agama secara sepihak, CC ingin menekankan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi pada tahun 2018 bahawa apabila ia melibatkan kanak-kanak, penukaran kepada agama lain hendaklah dibuat dengan persetujuan kedua ibu bapa seperti yang termaktub dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan (PP).”

“Perkataan ibu bapa dalam Perkara 12(4) PP telah ditafsirkan untuk turut menyertakan “kedua ibu bapa”, dan Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 [Akta 3511 merujuk kepada Seksyen 5 telah mengiktiraf dengan lebih lanjut bahawa ibu kepada kanak-kanak hendaklah mempunyai kuasa yang sama dalam memohon kepada Mahkamah berhubung apa-apa perkara yang memberi kesan kepada kanak-kanak sepertimana kuasa yang dimiliki bapa”,” tegas beliau lagi dalam kenyataan media yang disiarkan dalam laman Facebook Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak, OCC SUHAKAM.

Memuji keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin baru-baru ini yang membenarkan permohonan habeas corpus yang didakwanya seorang ibu yang telah dipisahkan daripada tiga (3) orang anaknya oleh bapa mereka sejak 2019, beliau turut berkata,

“CC ingin menekankan bahawa pemisahan seorang kanak-kanak daripada ibu bapanya adalah menyalahi Perkara 9 Konvensyen Mengenai Kanak-kanak (CRC) dan hak ini hendaklah dihormati serta dipertimbangkan dalam penilaian berkaitan kepentingan terbaik kanak-kanak.”

Ujar beliau, kanak-kanak tersebut sebelum ini didakwa telah diislamkan secara sepihak oleh pihak berkuasa agama Perlis, atas permintaan bapa mereka pada Julai 2020, dan ibu mereka tidak mengetahui tentang pertukaran agama tersebut kerana beliau sedang dalam proses pemulihan di sebuah rumah perlindungan keganasan rumah tangga. Beliau gagal mendapatkan penjagaan anak-anaknya walaupun telah mendapat perintah hak jagaan penuh Mahkamah pada Disember 2019.

“Kanak-kanak tersebut telah dinafikan hak untuk hidup bersama ibu mereka selama tiga (3) tahun. Oleh yang demikian, CC memohon agar semua pihak yang terlibat untuk mematuhi keputusan Mahkamah, dan membenarkan kanak-kanak tersebut disatukan semula dengan ibu mereka,” kata Profesor Dato’ Noor Aziah lagi.

Sebelum ini, peguam Ramkarpal Singh mendesak pihak berkuasa Islam Perlis membatalkan penukaran agama tiga anak Loh Siew Hong.

Beliau mendakwa jabatan agama tersebut mungkin melakukan kesilapan kerana menganggap ibu mereka gagal untuk dikesan.

Berkenaan perkara ini, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan bahawa ayah kepada tiga orang kanak-kanak itu sendiri mahu keislaman anaknya dipertahankan.

Pihak berkuasa agama Perlis tidak mempunyai sebarang bantahan sekiranya mereka tidak mahu memeluk agama Islam, namun bapa mereka sendiri telah membuat panggilan telefon meminta bantuan mempertahankan pemelukan Islam anak-anaknya itu, tegas Mufti Perlis itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: