Tempatan

Datuk Bandar Miri Gesa Ketua Setiausaha Negara Ubah Kod Pakaian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MIRI, 13 Mac 2023 – Datuk Bandar Miri, Adam Yii menggesa Ketua Setiausaha, Zuki Ali membuat semakan semula kod pakaian pelawat di pejabat dan agensi Kerajaan.

Yii yang juga ADUN Pujut berkata, kod pakaian bukanlah undang-undang oleh itu premis Kerajaan perlu lebih berhati-hati apabila menyentuh garis panduan itu dan bukanlah menguatkuasakannya secara membabi buta.

Yii beranggapan etika berpakaian seperti yang dikenakan ke atas orang ramai adalah bertentangan dengan prinsip memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

BACA JUGA: Polis Buka Siasatan ‘Perhimpunan LGBT’ Kuala Lumpur

BACA JUGA: Cuaca Panas Luar Biasa Landa Semenanjung Malaysia Hingga Ahad

BACA JUGA: Kerja Lebih Masa, Pengamal Perubatan Swasta Bangkitkan Isu Gaji

“Orang ramai biasanya mengunjungi premis Kerajaan seperti hospital atau balai polis untuk meminta bantuan. Dalam hal ini, penjawat awam harus memberikan perkhidmatan yang baik kepada pembayar cukai dan tidak menolak mereka hanya kerana pakaian mereka, melainkan ia benar-benar tidak sesuai atau lucah.”

“Adalah tidak munasabah untuk menafikan orang ramai daripada menerima perkhidmatan yang mencukupi daripada mana-mana agensi Kerajaan,” responnya kepada insiden berulang individu yang dinafikan masuk ke pejabat kerajaan kerana mereka tidak mematuhi etika berpakaian yang ditetapkan.

Minggu lalu, insiden berulang apabila seorang wanita telah dihalang dari memasuki pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Ipoh kerana memakai pakaian yang disifatkan tidak sesuai kerana labuh tidak di bawah lutut.

SSM mempertahankan etika berpakaiannya, mengatakan ia merupakan amalan yang baik dan telah lama diamalkan di kaunter-kaunter perkhidmatan SSM.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: