Tempatan

Jangan Nafikan Hak Sabah, Sarawak Yang Patut Mereka Terima – Peguam Senior, Haniff Khatri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Februari 2023 – “Pada hakikatnya, pada zaman penubuhan Malaysia 1963 saya percaya daripada sudut perundangannya memang secara konsisten Kerajaan Persekutuan telah tidak mematuhi sama ada secara tak sengaja ataupun tidak mematuhi semangat dan intipati penubuhan Malaysia yakni Syarat-Syarat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” ujar Peguam Senior, Haniff Khatri Abdulla.

Jelasnya, sebab yang pertamanya, apabila Perlembagaan dipinda tahun 1978 Sabah dan Sarawak dinamakan sebagai negeri macam seolah-olah bila kita belajar geografi di sekolah rendah pun menggambarkan seolah-olah ia sama macam negeri-negeri di Semenanjung.

BACA JUGA: Gempa Turkiye – Syria: Kedutaan Turki Pohon Barangan Keperluan Buat Mangsa

BACA JUGA: ‘Pintu Pagar’ Ke India Penyebab China Datang Ke Alam Melayu

BACA JUGA: Penang Heritage Trust Rayu MBPP Sekat Roboh Rumah Kedai

Beliau berkata, itu yang termasuk dalam minda rakyat Semenanjung dan rakyat Malaysia Sabah, Sarawak. Itu yang melanggar Semangat MA63, sebab dari sudut perundangannya mereka sebenarnya mempunyai kuasa otonomi dalam urus tadbir negeri atau wilayah masing-masing yang lebih jauh berbeza daripada negeri-negeri di Semenanjung semasa menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada masa Merdeka 1957.

“Jadi sepatutnya, pada masa itu 1978 Perlembagaan sepatutnya mengatakan dengan jelas di dalam peruntukan Perkara 12 tak silap saya tidak dinyatakan sehingga baru-baru ini terpaksa dipinda pada tahun 2022 untuk memasukan perbezaan Sabah dan Sarawak itu.”

“Itu yang bagi saya secara konsisten apabila itu berlaku maka rakyat menganggap mereka sama dan oleh itulah Kerajaan Pusat secara sengaja atau tak sengaja telah tidak perlu mematuhi peruntukan-peruntukan perbezaan otonomi tersebut. Sebab contohnya, perolehan kekayaan Sabah dan Sarawak seperti balak dan minyak sebagai contoh kalau ikut Semangat MA63 memang negeri-negeri tersebut mempunyai hak untuk menggunakan cukai hasil mereka itu sendiri di dalam wilayah mereka dan kemudian memang yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk urusan ekonomi Kerajaan Persekutuan itu perkara yang berbeza tapi hak untuk menggunakan cukai tidak ada pada negeri-negeri Kedah, Perlis, Perak, Johor dan sebagainya. Jadi itu, yang mereka telah pun terkilaf.

Yang keduanya, ada juga peruntukan di dalam Perlembagaan bahawa setiap tahun ada peruntukan seolah-olah macam geran tambahan, saya gunakan perkataan ini secara lebar sebab perkataan geran tambahan tidak dinyatakan dalam Perlembagaan ia cuma memberitahu tentang pembayaran tetapi kalau kita kata pembayaran nanti akan ada yang menganggap setiap negeri ada hak untuk pembayaran pula. Ia ada formula tertentu, ikut peratusan penduduk dan kadar tertentu dan kemudian setiap lima tahun perkara itu perlu dirujuk semula dan perlu ditentukan sama ada jumlah itu berpadanan atau tidak dan itu telah tidak dilakukan sejak 1968.

Baru ini, baru dibangkitkan tentang perkara tersebut, takkanlah dari 1968 sampai sekarang tidak ada orang yang perhatikan peruntukan Perlembagaan terutamanya daripada Sabah dan Sarawak. Sedangkan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak jika dicantum adalah yang teramai sebab itu pun satu peruntukan secara tak langsung di mana perwakilan Sabah dan Sarawak hendaklah dalam lingkungan 1/3 daripada perwakilan Semenanjung di Dewan.

Jadi perkara ini, semua secara tak langsung apabila yang utuh dan yang utama nama itu sudah dibezakan maka ia jadi senang untuk tidak memberi perhatian kepada semangat dan intipati perjanjian yang lalu. Di situlah, perkara kecil yang dianggap remeh sedangkan ia memainkan peranan sebab dalam minda kita telah lama tersemat Awak dan Saya sejak kita belajar di sekolah dulu kita tak tahu dan tak anggap Sabah dan Sarawak itu berbeza daripada Kedah, Penang, Perlis dan sebagainya. Kita belajar apa yang diajar dan silibus masukan apa yang ada di dalam Perlembagaan.

Jadi pokoknya, apabila Sabah dan Sarawak menjadi sebahagian Malaysia Perlembagaan patut selari dengan semangat itu. Apa yang dibuat pada masa itu, pindaan-pindaan dibuat dibahagian imigresen contohnya untuk mengekalkan otonomi Sabah dan Sarawak tentang imigresen yakni rakyat dari Malaysia Semenanjung yang hendak pergi ke Sabah dan Sarawak tidak boleh seperti biasa mencari kerja, kena apply dan sebagainya tetapi rakyat Sabah dan Sarawak tidak ada masalah datang ke Kuala Lumpur, Johor, Penang untuk mencari kerja, itu memang ada dalam perlembagaan.

Begitu juga hak Pribumi Sabah dan Sarawak tetapi yang lain ini, tentang percukaian, sempadan contohnya sebab mereka ini wilayah berbeza maka itu mereka tertakluk kepada hak perairan sempadan negeri mereka seperti negeri-negeri lain di Semenanjung, tidak.”

Menurut Haniff, negeri lain tidak silap satu setengah kilometer perairan Malaysia daripada sempadan negeri adalah hak negeri tersebut yang lain sampai sempadan antarabangsa adalah hak Malaysia tetapi tidak sama.

Tambah beliau, pada tahun 2012 Najib Razak buat Akta Wilayah Sempadan Air, di situ disamakan negeri dengan Sabah dan Sarawak dan itu yang menaikkan kemarahan Sabah dan Sarawak.

“Jadi banyak perkara bukan kita nak tuding jari kepada mana-mana Kerajaan sama ada Najib Razak, Tun Hussein Onn ke, tidak, tetapi seperti saya katakan ianya berlaku mungkin secara tidak sengaja, mereka tidak sedar betapa pentingnya Perjanjian MA63. Sebab MA63 semasa Tun Hussien Onn itu bukan dalam kabinet.”

Ditanya, pengumuman Sabah dan Sarawak sebagai wilayah yang dibuat, bolehkah ianya dilihat telah membelakangkan peranan Majlis Raja-Raja?

Haniff berkata, “Tidak, sebab Majlis Raja-raja, dia sebenarnya penting untuk urusan negeri-negeri di Semenanjung tetapi Majlis Raja-Raja tidak secara langsung mempunyai kaitan dengan Sabah dan Sarawak tetapi secara kehormatannya mereka menjemput gabenor untuk hadir dalam Majlis Mesyuarat Raja-Raja.”

Jelasnya, itu tidak bermaksud Perlembagaan mengatakan keadaan mereka perlu dirujuk sebab Raja-Raja negeri Semenanjung merekalah yang telah memberikan hak urusan negeri-negeri mereka kepada Persekutuan 1948 – 1957 melalui Perjanjian Persekutuan.

“Mereka dah bagi hak Kedah, hak Penang melalui gabenor, Perlis dan lain-lain negeri semuanya sudah diberi kepada Persekutuan. Jadi mereka ini cuma boleh tuntut apa yang mereka ada hak tinggal di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi, mereka tidak boleh sekarang menyatakan sebab Sabah dan Sarawak adalah wilayah otonomi maka kami ikut, tidak sebab engkau sebelum itu. Perjanjian negeri-negeri Semenanjung dengan untuk mewujudkan Malaya pada masa itu Persekutuan Tanah Melayu adalah tahun 1957 yang terbaru sedangkan Perjanjian MA63 tahun 1963 dan bukan diantara semua Raja-Raja dengan Sabah dan Sarawak, tidak.

Sebab, bila Raja-Raja dah berjanji menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu ada seorang saja Agong itupun adalah bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk dibawah payung Yang di-Pertuan Agong yakni oleh Perdana Menteri bukan Raja-Raja.

Jadi, bagaimana kita nak katakan Majlis Raja-Raja dibelakangi tentang isu ini, tidak. Sebab ia tidak ada peranan tentang hak Sabah dan Sarawak. Ini isu Sabah dan Sarawak dan kita kena faham konsep kewujudan Persekutuan Tanah Melayu dan kewujudan Malaysia itu kita kena faham dan tidak boleh dicampur adukkan.

Tidak dinafikan, Kita campur adukkan sebab fahaman kita dari sekolah Sabah dan Sarawak sama dengan Kedah, nampak tak. Kalau itu salah maka tidak bolehlah kita tekankan hal itu.”

Ditanya mengenai interpretasi kedudukan Sabah dan Sarawak seperti yang dizahirkan dewasa ini, adakah ianya selari dengan semangat Federalisme Malaysia?

Haniff berkata, pada masa Federalisme Malaysia diwujudkan pada 1963, itulah semangatnya. Sabah dan Sarawak lain.

Cara terbaik, ialah kita perlu mendidik semula rakyat untuk memahami perkara yang sebenarnya iaitu Sabah dan Sarawak adalah dua Wilayah yang berbeza dan rakyat perlu terima sebab perkara itu sudah wujud sejak rakyat yang hidup hari ini pun belum wujud lagi, katanya.

“Macam mana kita tak mahu terima sedangkan kebanyakan rakyat Malaysia sekarang tidak wujud pada masa 1963. Siapakah kita untuk nak mempertikaikan hak mereka,” soalnya.

Soal Haniff lagi, siapakah kita nak mempertikaikan perjanjian di mana Pulau Pinang masih membayar ufti kepada Kedah dan siapa kita nak sangkal perkara itu walaupun sudah beratus tahun. Samalah, siapakah kita nak mempertikaikan pembayaran dibuat kepada Sulu untuk sebahagian Sabah, Siapa kita? Kita kena tahu kedudukan kita, kita rakyat Malaysia, kita berkata begitu kerana apa yang kita belajar di sekolah. Apabila kita tahu hakikatnya kita salah maka kita tidak ada hak.

Beliau berkata,

“Kalau tanya saya dari sudut perundangan memang mereka berhak sebab itu yang dijanjikan, itu yang dipersetujui dan atas dasar itulah Sabah dan Sarawak memilih Malaysia menjadi negara mereka.

Pada masa itu, kena ingat ada Suruhanjaya Cobbold di mana Sabah dan Sarawak membuat referundum untuk sertai Malaysia ataupun Filipina atau Indonesia. Dan jangan lupa kerana ramai yang tak ingat mereka memilih Malaysia besar kemungkinan kerana mereka difahamkan oleh pemerintah-pemerintah Sabah dan Sarawak pada masa itu setelah mendapat persetujuan dengan Persekutuan Tanah Melayu kalau masuk mereka inilah hak-hak yang akan diberikan.”

Jelas beliau, antara tiga pilihan yang ada, mereka memilih Malaysia. Mereka tidak memilih Filipina ataupun Indonesia dan pada masa itu jugalah wujudnya konfrontasi Malaysia dan Indonesia.

“Sejarah kita kena lihat secara syumul, jika tidak kita akan terus terperangkap dalam kekhilafan. Mahu tidak mahu itulah sejarahnya, itulah rentetan peristiwa-peristiwanya dan itulah hakikatnya. Perkara ini perlu dididik kepada Ahli Parlimen Semenanjung supaya jangan nak confuse kan keadaan. Jangan nak politikkan dengan mengatakan kita akan berbincang sedangkan apa yang nak dibincangkan tentang perkara yang telah lama dibincangkan semenjak 1963 itu.”

Tegas Haniff, “Sebab itu sejak lima, enam tahun dahulu saya telah katakan kalau Sabah dan Sarawak nak keluar dari Malaysia pun boleh kerana Malaysia secara konsisten telah tidak patuh semangat perjanjian. Hak mereka yang telah lama dinafikan berlainan macam Penang, Kedah Perlis, mereka tidak ada hak keluar kerana semua hak mereka diberi Kerajaan Persekutuan.”

Menurutnya, ini antara kesalahan besar sistem pendidikan di negara kita di mana Menteri Pendidikan pada tahun 1970-an pun tidak faham sehingga sampai sekarang pun ada yang tidak mahu faham kerana menganggap perkara itu tidak popular.

“Bagi saya, untuk menjadi pemimpin politik kena betul tak semestinya hanya melihat perkara yang popular sahaja. Kalau hanya mengikut popular, saya percaya 28 juta rakyat Malaysia akan mengatakan Sabah dan Sarawak sama macam Penang dan Kedah.

Jadi jika ditanya, apakah kaitan sambutan Hari Wilayah dengan Sabah dan Sarawak jawapan saya ialah tidak ada kena mengena langsung.

Nak sambut apa, biarlah Kuala Lumpur, Labuan Dan Putrajaya yang sambut dan tak salah pun kalau seluruh rakyat Malaysia nak sambut, sambut sajalah. Misalnya, kita cuti hari Deepavali cuti sajalah, buat apa nak sambut, kalau open house kawan-kawan kita pergi sajalah raikan sahabat kita. Sebab itu, di Selangor masih bekerja pada Hari Sambutan Wilayah Persekutuan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: