Terkini

“Jangan Hanya Pegang Pedang, Kerat Kemaluan Mereka” – Ahli Pasukan Tentera Rama

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KARNATAKA, 16 April 2022 – Pegawai propaganda militan Pasukan Tentera Rama (Sri Ram Sene), Raja Chandra Raman Gouda menyeru hadirin untuk kerat kemaluan dan bunuh Muslim.

Dakwanya, ia kerana Muslim akan menyerang mereka. Oleh itu, kaum Hindu tidak patut duduk diam dengan senjata di tangan, tetapi, bunuhlah Muslim.

“Kita patut mengerat kemaluannya. Jangan hanya memegang pedang dan menari,” ujarnya sambil menghunuskan pedang ke udara.

BACA: Pelampau Hindu Menari Atas Bumbung Masjid, Bakar 40 Rumah Muslim

BACA: Hak Kita Untuk Rogol dan Bunuh Muslimah – Pemuda Hindutva

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

“Ingat, mereka akan menyerang kita. Kamu tidak boleh mendiamkan diri, bunuh mereka (Muslim)!!”

Menurut Hate Watch Karnataka, Raman Gouda membuat seruan genosid tersebut dalam satu majlis di Raichur, Karnataka.

Dalam majlis itu juga, Raman Gouda menggesa anak-anak muda untuk terlibat dalam ‘Cinta Kesari’ (Love Kesari), bagi menentang ‘Jihad Cinta’ (Love Jihad).

“Melalui Jihad Cinta, mereka mengambil anak-anak perempuan kita dalam cuaca panas ini, membuatkan mereka memakai burkha dan merayau dalam cuaca panas. Apa ini?”

“Patutkah kita tinggalkan anak perempuan kita begini? Patutkah kita pergi? Tidak. Jihad Cinta harus berhenti sekarang, yang ada hanyalah Cinta Kesari,” katanya lagi.

Satu laporan kes telah dibuat ke atas Raja Chandra Raman Gouda berikutan ucapannya itu. Kes dilaporkan di bawah Kanun Keseksaan India kerana secara sewenang-wenangnya memberikan provokasi dengan niat untuk menimbulkan rusuhan, fitnah atau serangan ke atas agama, kaum dan perbuatan yang disengajakan dan berniat jahat bertujuan untuk menimbulkan kemarahan agama, lapor India Today.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: