Jangan Gentar Dengan Negara-Negara Islam – Ahli Parlimen Belanda Geert Wilders
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
SELASA, 07 Jun 2022 – Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders melalui satu hantaran di Twitter menyeru orang-orang India supaya jangan gentar dengan negara-negara Islam dalam isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W.
“Jadi kawan-kawan dari India, jangan gentar dengan negara-negara Islam. Berdiri untuk kebebasan dan berbangga dan teguh dalam mempertahankan ahli politik anda #NupurSharma @NupurSharmaBJP yang bercakap benar tentang Muhammad.”
Ahli Parlimen Belanda tersebut turut menempelak reaksi orang-orang Arab dan negara-negara Islam yang marah terhadap tindakan ahli politik India Nupur Sharma menghina Nabi Muhammad S.A.W.
Menurut Geert Wilders, ahli parti politik Bharatiya Janata Party (BJP) itu menyatakan kebenaran.
“Adalah tidak masuk akal bahawa orang-orang Arab dan negara Islam berasa marah terhadap ahli politik India Nupur Sharma dari parti BJP yang menyatakan kebenaran berkenaan Nabi Muhammad yang mengahwini Aisha semasa beliau berusia 6 tahun dan dibawa tinggal bersama ketika berumur 9 tahun.”
BACA: Disangka Sedang Sembelih Lembu, Lelaki Muslim Diserang 5 Polis India
BACA: Pertama Di India: Wanita Kahwini Diri Sendiri
BACA: Kita Tiada Demokrasi Kerana Ada Undang-undang Menentang Komuniti Nyah – Sulastri Ariffin
Justeru, dalam hantaran yang sama Geert Wilders mempersoalkan kewajaran India membuat permohonan maaf atas kenyataan yang dikeluarkan Nupur Sharma.
“Kenapa India meminta maaf pula?”
Geert Wilders yang merupakan seorang ahli politik yang mempunyai kebencian luar biasa terhadap agama Islam percaya dan mendakwa bahawa “Meredakan keadaan (mengambil hati) tak akan berjaya. Ia hanya akan memburukkan keadaan.”
Sementara itu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam satu kenyataan mengecam sekeras-sekerasnya penghinaan ke atas Nabi Muhammad S.A.W baru-baru ini oleh seorang pegawai parti pemerintah India dengan menganggap ia adalah sebahagian daripada peningkatan kebencian dan fitnah Islam di India.
Dalam kenyataan sama, “Sekretariat Agung menyeru masyarakat antarabangsa, khususnya, mekanisme Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan langkah-langkah khas Majlis Hak Asasi Manusia, untuk mengambil tindakan yang perlu untuk mencabar amalan yang menyasarkan umat Islam di #India.”