TempatanTerkini

Londeh Pakaian Selepas Baca Quran, JAWI Akan Ambil Tindakan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Julai 2022 – Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Haji Mohd Ajib Bin Ismail, menurut sebuah kenyataan media, telah memaklumkan bahawa pihak JAWI telah mengambil maklum akan sebuah video yang tular.

“Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengambil maklum berkenaan video tular dipercayai perbuatan menghina kesucian agama Islam yang dilakukan disebuah kelab sekitar Taman Tun Dr Ismail baru-baru ini.”

Dalam sebuah video berdurasi lebih kurang 40 saat tersebut, seorang wanita kelihatan berpakaian lengkap bertudung sedang memberikan ucapan, sebelum bertindak membuka pakaian baju kurungnya di hadapan khalayak ramai.

Menurut ucapannya, wanita tersebut mendakwa dia berasal daripada Kuala Kangsar, Perak, dan telah menghafal 15 juzu’ al-Quran sebelum meletakkan mikrofon, lalu dia menanggalkan tudungnya diikuti baju kurung dan kain yang dikenakannya.

Tindakan wanita tersebut kemudiannya mendapat sambutan tepukan gemuruh oleh penonton yang berada di premis berkenaan.

Pihak JAWI memaklumkan bahawa insiden tersebut, sekiranya disabitkan bersalah, akan dikenakan di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: