Antarabangsa

US Bakal Buka Fasiliti Ketenteraan Baru Di Saudi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RIYADH, 10 September 2022- Amerika Syarikat (AS) merancang untuk membina sebuah kemudahan ketenteraan baharu di Arab Saudi bagi meningkatkan kerjasama keselamatan dengan negara teluk itu.

Agensi berita antarabangsa melaporkan bahawa kemudahan tersebut akan digunakan bagi menguji teknologi-teknologi baru untuk memerangi ancaman dan risiko keselamatan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV).

Ia akan dikenali sebagai Pusat Eksperimen Bersepadu Red Sands dan akan ditubuhkan oleh Komander Pusat AS (CENTCOM) di mana keupayaan pertahanan udara dan peluru berpandu akan diuji dan disepadukan.

Dalam pada itu, AS dikatakan membiayai projek berkenaan sekitar 20 peratus dan akan menyediakan seramai 20 kakitangan. Komander CENTCOM, yang merupakan sebahagian daripada Jabatan Pertahanan AS didakwa mencadangkan idea tersebut semasa pertemuan antara kedua-dua negara bulan lalu.

Pihak AS juga mendapati Arab Saudi adalah kawasan yang sesuai untuk pembinaan kemudahan tersebut berikutan tanah kerajaannya yang luas, yang membenarkan ujian peperangan elektronik, gangguan isyarat dan tenaga terarah tanpa sebarang halangan daripada orang awam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: