Antarabangsa

Jangan Angkuh, Jokowi Tegur Polis Indonesia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDONESIA, 26 Oktober 2022 – Presiden Indonesia, Joko Widodo telah memanggil ratusan ketua polis daerah serta pegawai-pegawai polis berpangkat tinggi ke Istana Presiden dan menegur mereka agar tidak bertindak angkuh.

Beliau menyatakan kepada ratusan anggota yang dipanggil itu agar tidak bersikap seperti seorang penguasa yang autoritarian dan menindas.

Jokowi, presiden yang sedang meningkat popular itu menyedari akan arus kemarahan rakyat yang semakin marak terhadap pihak polis negara tersebut.

Beliau membuat ulasan tersebut setelah kejadian pada 1 Oktober di mana telah berlakunya rusuhan setelah perlawanan bola sepak, di mana pihak polis telah menembak gas pemedih mata terhadap penonton.

Tembakan tersebut telah mencetuskan panik dan membawa kepada siri rempuhan yang menyebabkan lebih 130 kematian dilaporkan disebabkan kejadian itu.

Tiga orang pegawai polis telah dituduh di mahkamah atas kecuaian yang menyebabkan tragedi kematian itu berlaku.

Tragedi rusuhan yang berlaku di stadium bola sepak Malang itu bukanlah satu-satunya sebab Presiden itu memanggil ratusan pegawai polis ke istana beliau, namun beberapa kes berprofil tinggi turut menjadi sebab untuk beliau membuat panggilan tersebut, dimana ianya telah menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap pihak polis negara itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: