Tempatan

Jampi Mantera Sengaja Diselit Dalam Siaran Quran Di YouTube

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 Julai 2022 – Para pengguna media sosial digemparkan dengan tindakan tidak bertanggungjawab seorang pengguna yang memuatnaik video bacaan al-Quran yang diselitkan dengan suara bisikan seakan-akan seruan mantera.

Video yang dimaksudkan itu berjudul ‘Quran For Sleep’ yang dimuatnaik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama Sara Ali.

Video berdurasi 10 jam, 50 minit dan 59 saat itu kononnya untuk menenangkan para pendengar ketika tidur itu pada zahirnya adalah lantunan bacaan ayat suci al-Quran oleh Sheikh Mishary bin Rashid Alafasy.

Namun, setelah bacaan al-Quran berlangsung selama 4 jam, 7 minit dan 53 saat secara tiba-tiba terdengar sayup-sayup bacaan mantera yang dikhuatiri mengandungi elemen sihir di sebalik suara bacaan ayat al-Quran.

‘Quran For Sleep’ yang mengandungi mantera itu sudah pun dikumandangkan oleh para pendengar lebih daripada 5.9 juta kali.

“Kita buka bacaan ayat al-Quran untuk melindungi diri kita, keluarga kita daripada gangguan jin dan syaitan.”

“Korang bayangkanlah kita buka bacaan sebab kita nak elak daripada gangguan tapi makin nak elak, rupanya dekat dalam bacaan tu dah ada bisikan sihir.”

“Kemungkinan ini adalah cara terbaru untuk menyihir seseorang dengan menggunakan media massa,” ujar Khairul Hazwan, YouTuber saluran KerulSeries.

Beberapa netizen menyuarakan kerisauan mereka mengenai perbuatan tidak bertanggungjawab ini.

“Berapa ramai sudah pasang video ini ketika tidur atau bagi kaum keluarga mereka yang sedang sakit. Ibu bapa pasang untuk anak-anak mereka, wanita-wanita yang sarat mengandung. Berjagalah saudara-saudara, kita ada musuh di sekeliling kita. Berhati-hatilah.”

Seorang lagi netizen berkata, “Perasan tak orang itu letak tajuk “Quran For Sleep” sedangkan mereka tambah ilmu hitam, berapa juta orang sudah pun pasang video ini sewaktu tidur tanpa tahu kisah sebenar bahawa mereka sedang tidur diiringi dengan mantera ilmu hitam. Semoga Allah lindungi kita daripada kejahatan, Amin.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: