Jam LGBT, Zaid Malik L4L Desak Kerajaan Tarik Balik Perintah Larangan
KUALA LUMPUR, 11 Ogos 2023 – Pengarah Lawyers for Liberty (LFL), Zaid Malek mendesak kerajaan agar menarik balik Perintah Larangan penerbitan berunsur LGBT pada jam tangan Swatch, lapor sebuah berita tempatan.
“Ini adalah perintah yang menyalahi undang-undang dan tidak mengikut Perlembagaan yang menjenayahkan bukan sahaja penerbitan daripada syarikat Swatch tetapi juga menjadikannya satu kesalahan jenayah untuk sesiapa yang memiliki mana-mana barangan Swatch berkaitan LGBT.”
BACA JUGA: Positif Covid Boleh Keluar Mengundi Bersyarat – KKM
BACA JUGA: KDN Warta Perintah Larangan Penerbitan LGBT Pada Jam Swatch
BACA JUGA: Orang Luar Tabie Berhukum, PM Tak Akan Tolak Ansur – PMX
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak kerajaan agar menarik balik Perintah Larangan di bawah PPPA serta merta dan menjaga kewajipannya untuk melindungi kebebasan bersuara di bawah Perlembagaan.
Tegas beliau, Perkara 10(1)(a) Perlembagaan menjamin hak kebebasan bersuara dan melindungi individu daripada penjenayahan kerana berkongsi kandungan berkaitan LGBT melalui pelbagai medium.
“Perintah melarang jam Swatch terhadap reka bentuk tertentu yang kononnya berkaitan dengan LGBT adalah rawak, tidak seimbang dan tidak berperlembagaan,” jelasnya lagi.
Semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap sebarang penerbitan berkaitan LGBT dalam apa jua bentuk pada jam Swatch.