Tempatan

Jalankan Saringan Pra-masuk Ke Tadika Elak Tular Wabak HFMD

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Mei 2022 – Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL & P) menyarankan pengusaha taska, tadika mahupun pengasuh untuk melakukan saringan di pintu masuk bagi mengelakkan kanak-kanak yang mempunyai simptom penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dari memasuki premis dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain.

Menurut Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan, Dr Nor ‘Aishah Abu Bakar, HFMD merupakan penyakit yang mudah berjangkit terutamanya dalam kalangan kanak-kanak sekiranya mereka mempunyai interaksi dengan kanak-kanak yang telah dijangkiti.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 2,379 kes jangkitan penyakit HFMD dan ia menunjukkan tanda peningkatan 20 kali ganda berjumlah 47,209 berbanding tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham mengatakan bahawa Selangor mencatatkan kes terbesar iaitu sebanyak 13,640 kes diikuti Putrajaya dan Perak.

Menurutnya, kebanyakan kes yang berlaku melibatkan taska, tadika dan pra-sekolah.

Tambahnya lagi, sebagai langkah mencegah penularan wabak tersebut, beberepa premis telah diperiksa, diberi tunjuk ajar serta dipantau perlaksanaan disinfeksi dan terdapat premis yang ditutup secara sukarela.

“Orang ramai terutama ibu bapa yang mempunyai anak kecil dinasihatkan untuk tidak membawa anak ke tempat berisiko berlaku penularan jangkitan HFMD seperti taman permainan awam.”

“Masyarakat juga dinasihatkan untuk melaporkan kejadian kes HFMD yang berlaku di taska, tadika dan sekolah kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan kawalan,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: