Jalan Susur Menuju Bandar Serenia Ditutup Sementara – PLUS
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 11 Disember 2022 – akan menutup sementara jalan susur yang menuju ke Bandar Serenia/Nilai/Arah Selatan daripada Plaza Tol KLIA di Lebuhraya ELITE kepada semua kenderaan pada 13 hingga 16 Disember, mulai jam 10 malam hingga 5 pagi.
“Penutupan ini adalah untuk membolehkan kerja-kerja penebangan pokok-pokok besar, membersih dan mengeluarkan pokok-pokok tersebut menggunakan jentera khas dijalankan dengan selamat di kawasan tersebut.”
Sehubungan itu, pengguna lebuh raya daripada Plaza Tol KLIA yang menghala ke Bandar Serenia, Nilai dan arah selatan dinasihatkan untuk menggunakan laluan ke Plaza Tol Bandar Gamuda Cove.
“Seterusnya, membuat pusingan-U sebelum memasuki semula lebuh raya untuk perjalanan menghala ke Bandar Serenia, Nilai dan arah selatan.”
Pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan mereka, menggunakan laluan alternatif dan mengikut nasihat keselamatan kakitangan PLUS.