Tempatan

Jalan Sesak: Kuala Lumpur Rekod 6 Juta Kenderaan Setiap Hari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Mei 2023 – Ibu kota Kuala Lumpur merekodkan purata sebanyak enam juta kenderaan setiap hari yang mungkin menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kajian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga mendedahkan kira-kira 2.2 juta kenderaan masuk ke Kuala Lumpur pada waktu puncak antara jam 6 hingga 9 pagi.

Menurut Anthony, ketika ini, kira-kira 15 peratus sahaja pengguna menaiki pengangkutan awam dan jumlah itu masih tidak mencapai sasaran Kementerian Pengangkutan untuk mencapai sekurang-kurangnya 40 peratus rakyat menggunakan perkhidmatan berkenaan.

“Jadi, boleh bayangkan betapa teruknya kesesakan (yang berlaku) di Kuala Lumpur? Ini adalah statistik (direkodkan) atau realiti yang perlu dihadapi setiap hari,” ujarnya.

BACA JUGA: Allah Kita Tidak Beranak Dan Tidak Diperanakkan – Kamal Shukri MPM

BACA JUGA: GEMPAR! Kibar Bendera Palestin Bakal Dianggap Jenayah

BACA JUGA: Kerajaan Yang Majoriti Islam Tapi Tidak Boleh Pertahankan Islam – Syed Hassan Syed Ali

Sebagai langkah mitigasi, pihaknya akan melaksanakan tiga lokasi laluan kontra iaitu di laluan Tol Plus Sungai Besi ke persimpangan Besraya (dari Selatan Kuala Lumpur), Jalan Maharajalela ke Taman Connaught dan di Jalan Ampang dari Ampang Point ke Jalan Tun Razak.

Ketiga-tiga laluan dijangka mula beroperasi pada 3 Julai depan supaya pihak DBKL dapat membuat persediaan.

Sementara itu, Anthony turut memaklumkan, terdapat tujuh projek pembangunan masih berjalan di ibu negara yang memerlukan penutupan lorong atau jalan. Projek-projek berkenaan dijangka akan selesai pada Jun atau Ogos ini, katanya.

“Saya dah minta kerjasama DBKL supaya tidak sewenang-wenangnya memberikan lanjutan (penutupan), ini adalah mesej kepada semua kontraktor yang melaksanakan projek-projek melibatkan penutupan jalan. Jadi tidak lagi ada kebenaran untuk melanjutkan tempoh diberikan itu dengan mudah, kalau tak siapkan projek mereka akan tanggung risiko sendiri,” jelas Menteri itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: