Tempatan

JEJAKA Bantu Mangsa Banjir LGBT Melayu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 29 Disember 2021 – Kehilangan ubat terapi hormon untuk golongan Transgender dan ubat rawatan HIV untuk mangsa banjir daripada golongan LGBT, menjadi antara sebab penglibatan Jejaka, NGO LGBT Melayu turun padang membantu golongan ini.

Pengasas Jejaka, Numan Afifi, turut mendedahkan bahawa golongan LGBT Melayu berasa tidak selesa untuk ditempatkan di tempat penempatan mangsa banjir sementara milik kerajaan kerana pusat-pusat tersebut mengasingkan mangsa mengikut gender. Beliau turut mendedahkan terdapat keluarga pasangan Gay Melayu daripada kalangan mangsa banjir yang terkesan dengan pengasingan ini. Jejaka turut menjelaskan bahawa mereka menerima sumbangan kewangan dalam bentuk derma dan geran di peringkat antarabangsa untuk aktiviti bantuan HIV sebelum ini. Mereka turut terlibat bagi membantu golongan sejenis mereka yang terkesan dengan banjir, termasuk mendapat ubatan bagi terapi hormon dan HIV.

“Kami menggerakkan bantuan kerana kami tidak terima bantuan bencana,” kata beliau kepada sebuah portal.

“Sebahagian perkara yang diperlukan masyarakat LGBTQ juga tidak dianggap sebahagian perkhidmatan kesihatan. Ada banyak kelompongan.”

Menurut beliau, Jejaka juga menyediakan tempat perlindungan bagi golongan LGBT sekiranya pusat pemindahan sementara kerajaan dilihat berbahaya kepada mereka.

“Tidak pasti juga sama ada selamat atau tidak untuk mereka berada di pusat bantuan kerajaan. Pusat pemindahan biasanya mengasingkan mangsa mengikut jantina.”

Numan Afifi menubuhkan Jejaka pada tahun 2017 untuk memberi sokongan kepada golongan belia Melayu yang mempunyai kecenderungan LGBT.

Kini, Jejaka terdiri daripada 200 orang ahli dengan 20 orang pekerja sepenuh masa dan 60 orang sukarelawan bagi kerja-kerja kebajikan berkaitan dengan bantuan banjir yang akan berterusan sehingga penghujung tahun ini.

Menurut Numan Afifi, Jejaka berganding bahu dengan Parti Muda bagi kerja pembersihan di Lembah Pantai dan Sepang. Parti Muda juga akan merujuk kes-kes yang melibatkan golongan LGBT kepada Jejaka.

Pengasas Parti Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini pernah dikecam hebat atas pelantikan sahabatnya, Numan Afifi di jawatan pegawai akhbar kepada beliau selaku Menteri Belia dan Sukan.

Pelantikan Numan Afifi menjadi kontroversi berikutan penglibatan beliau dengan penganjuran acara buka puasa ‘Big Gay Iftar’ di Bangsar, Kuala Lumpur pada tahun 2017.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: