Tempatan

Jalan Berlubang & Gelap Di Semenyih, Penduduk Terpaksa Redah Bahaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEMENYIH, 13 Ogos 2022 –  Penduduk di sekitar kawasan Semenyih, terutamanya berhampiran Jalan Broga, telah menyuarakan aduan mendesak supaya pihak bertanggungjawab mengambil tindakan dan membaik pulih jalan sedia ada.

Menurut sebuah laporan, jalan menuju ke Universiti Nottingham Malaysia itu dikatakan gelap-gelita ekoran lampu jalan yang acap kali tidak berfungsi.

Tidak cukup dengan itu, masyarakat setempat juga perlu ‘meredah bahaya’ apabila terdapat anjing-anjing liar yang sering berkeliaran di kawasan berkenaan.

Penduduk juga turut menyuarakan rasa kesal apabila terdapat beberapa jalan raya yang ‘dipenuhi’ lubang-lubang yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya, terutamanya penunggang motosikal.

Menurut maklum balas yang diperolehi samudera.my, terdapat beberapa penduduk yang menyatakan bahawa masalah ini bukanlah pada dua kawasan itu sahaja, malah terdapat beberapa kawasan lain yang dikira sebagai ‘lubuk lubang’ dalam kalangan masyarakat setempat.

“Masalah ini memang banyak di kawasan Semenyih ini. Ada jalan yang kalau lalu, hanya boleh lalu satu jalan saja, lagi satu penuh dengan lubang. Kalau berani cuba la nasib,” ujar Aminudin.

“Dari kawasan Kesuma nak menuju ke kawasan Eco Majestic ada satu jalan. Dekat situ saya nyaris jatuh motor sebab lubang. Nasib baik Allah bagi peluang,” luah Rafidah pula.

“Bukan apa, lori kilang, lori barang, lori pasir, semua jenis lori pun lalu situ,” tambahnya lagi.

Masyarakat setempat menggesa pihak berwajib untuk melaksanakan tanggungjawab dalam membaik pulih struktur jalan di kawasan sekitar Semenyih.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: