Tempatan

JAKIM Terlalu Kuat, Tiada Punca Kuasa Perlembagaan – Tawfik Ismail

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Februari 2022 – Mantan ahli G25 Tawfik Ismail mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak mempunyai sebarang punca kuasa Perlembagaan.

“Dan terus terang, JAKIM tiada sebarang punca kuasa Perlembagaan berkenaan pentadbiran agama kerana ia terletak di bawah pemerintah setiap negeri. Itu yang dinyatakan oleh Perlembagaan,” dakwanya dalam forum awam anjuran Gerak yang dihoskan bekas diplomat, Dennis Ignatius pada Isnin baru-baru ini.

BACA: Syarikat Bumiputera Mengaku Salah Tuduhan Bekal Minyak Masak Berlebihan
BACA: Naikkan Harga Atau Tiga Juta Telur Tiada Ramadhan Ini — Lee Yoon Yeau
BACA: Harga Barang Dijangka Naik Selepas Tahun Baru Cina – DPMM

Kata anak bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu, JAKIM menjadi lebih berpengaruh dan berkuasa dari yang sepatutnya kerana jabatan itu digunakan sebagai alat politik oleh ahli-ahli politik.

“Anda tahu, menteri yang menjaga agama menjaga JAKIM tidak mempunyai kuasa sangat di bawah Perlembagaan. Mereka langsung tidak mempunyai kuasa.”

“Saya rasa kita sedang melakukan sesuatu yang besar yang sepatutnya langsung tidak wujud.”

Sebelum ini, calon Ahli Parlimen dari Gerak Independent itu pernah mempertikaikan tentang peruntukan tambahan RM100 juta dalam RM1.5 bilion yang disediakan oleh kerajaan untuk pengurusan dan pembangunan Islam dalam Bajet 2022.

“Adakah wang itu hanya memberi manfaat kepada mereka di JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) atau adakah ia akan ditapis untuk manfaat seluruh negara?” soal beliau.

Tawfik juga pernah menyuarakan bantahannya terhadap rancangan untuk menilai peranan agensi itu, dengan mengatakan ia sepatutnya dibubarkan terus.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: