JAKIM Tak Campur Urusan Tauliah Ceramah Agama
KUALA LUMPUR, 07 Mac 2023 – “Ingin ditegaskan, bahawa tauliah mengajar adalah tertakluk di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama Islam di negeri-negeri berpandukan kepada undang-undang, peraturan dan prosedur yang sedia ada. Adalah dinafikan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan JAKIM mencampuri urusan tauliah mengajar agama Islam di negeri-negeri seperti yang didakwa.”
Berikut merupakan kenyataan tegas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) susulan isu tauliah mengajar yang hangat diperkatakan di media ketika ini.
BACA JUGA: Ustaz Wadi Annuar Tiada Tauliah Mengajar – JAIS
BACA JUGA: Dua Ceramah Ustaz Wadi Annuar Di Selangor Dibatalkan
BACA JUGA: Rumah Mudah Alih Piala Dunia Qatar Bantu Mangsa Gempa Turkiye
Kata JAKIM lagi dalam kenyataan yang dikeluarkan, terdapat dakwaan yang mengaitkan isu tauliah ini melibatkan campur tangan pihak Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan JAKIM.
Namun, pihaknya menegaskan perkara tersebut tertakluk di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama Islam di negeri masing-masing.
Justeru, JAKIM menegaskan agar semua pihak akur serta menghormati sebarang ketetapan yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa agama Islam di negeri-negeri.