Tempatan

Musim Durian Suram, Cuaca Tidak Menentu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

YAN, 12 Jun 2023 – Musim durian bertukar suram apabila hampir keseluruhan tanaman durian yang diusahakan tidak menjadi susulan cuaca yang tidak menentu.

Seorang peserta pekebun Dusun Durian Berkelompok Kampung Titi Teras, Haron Latif, 80, berkata, cuaca panas terik yang kemudiannya disusuli dengan hujan lebat mengganggu proses pendebungaan dan menyebabkan pelbagai penyakit buah timbul.

BACA JUGA: Pengapungan Harga Bakal Tingkatkan Harga Telur Tempatan

BACA JUGA: Malaysia Di Ambang Kemusnahan, PMX Ikrar Selamatkan Malaysia

BACA JUGA: Dera Kanak-Kanak, Kerajaan Tidak Akan Berkompromi

Katanya, pengawalan penyakit dan serangga hampir mustahil dilakukan kerana ubat dan racun yang disembur pada pokok tidak berkesan berikutan suhu terlalu panas selain dibawa air ketika hujan ketika cuaca tidak menentu.

Kesannya, hampir keseluruhan 80 pokok duriannya hanya berbuah antara lima hingga 10 biji sahaja berbanding 100 ke 200 biji sepokok pada musim lalu.

Pengerusinya, Saad Sabu, 78, pula berkata, lebih 60 peserta di situ berputih mata kerana mereka kehilangan punca pendapatan lumayan pada musim buah tahun ini.

“Hampir kesemua peserta gagal meraih pendapatan selepas durian jenis Musang King, IOI, Kacang Hijau dan Cheni serta jenis Kampung tidak menjadi berikutan bunganya gugur pada awal musim.”

Ujarnya, kebanyakan peserta hanya memperoleh kira-kira satu tan sahaja durian setakat ini berbanding tiga tan seorang pada musim lalu.

Katanya, disebabkan itu, rata-rata peserta penanaman durian secara berkelompok tersebut baru sahaja memperoleh jualan kurang RM1,000 berbanding mencecah RM4,000 pada musim lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: