Tempatan

JAIS Diminta Periksa Masjid-Masjid Lama Demi Keselamatan Jemaah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA SELANGOR, 29 Jun 2024 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diminta memeriksa keadaan masjid-masjid lama bagi memastikan tahap keselamatan masjid terjamin untuk digunakan oleh para jemaah.

Menurut laporan, Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Jaras, Datuk Dr. Ab. Halim Tamuri berkata, pemeriksaan itu perlu dilaksanakan susulan insiden siling kapur runtuh di bahagian beranda Masjid An-Nur (MAN), Saujana Utama, Sungai Buloh berikutan hujan lebat dan ribut baru-baru ini.

“Insiden runtuhan siling kapur yang berlaku semasa hujan lebat Rabu lalu perlu dijadikan asas untuk JAIS dan semua ahli jawatankuasa masjid membuat semakan dan memeriksa tahap keselamatan bangunan masing-masing.”

“Ini penting bagi memastikan keselamatan para jemaah terutama di masjid-masjid yang berusia 20 tahun ke atas sentiasa diberi keutamaan,” jelasnya.

Bagaimanapun, kejadian di MAN, yang dibina pada awal tahun 2023, tidak melibatkan sebarang kecederaan kerana para jemaah baru selesai solat Asar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: