Tempatan

JAIM Rampas Puluhan Tabung Derma Haram

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 05 Mac 2023 – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) merampas puluhan tabung derma tanpa kebenaran pada Jumaat lalu.

BACA JUGA: Banjir : Masjid Dibenarkan Jadi PPS Bersyarat

BACA JUGA: Hujan Lebat Menyeluruh Dijangka Berakhir Mac Ini

BACA JUGA: SPRM Langgar Protokol Apa? – Mantan Ketua Hakim Negara

Lapor berita tempatan, rampasan tersebut dilakukan terhadap tabung derma tanpa kebenaran di kedai makan menerusi operasi yang dilakukan oleh JAIM.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, sebanyak 30 buah tabung derma telah dirampas sejak Januari lalu selepas beberapa persatuan didapati menyalahgunakan agama bagi kepentingan peribadi.

Katanya, sindiket tersebut dipercayai mengutip wang dengan menggunakan nama agama, anak yatim serta kanak-kanak bawah umur bagi meraih simpati.

Malah jelasnya, meletakkan tabung derma di kedai makan tanpa permit merupakan sesuatu yang dilarang.

Katanya lagi, 21 daripada tabung derma itu dirampas di daerah Melaka Tengah manakala empat yang lain di Alor Gajah serta tiga di Jasin dan usaha penguatkuasaan itu telah dijalankan dalam 14 operasi sejak awal tahun ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak membantu kutipan dana tanpa kebenaran.

Di bawah undang-undang Islam negeri, mereka yang didapati meletakkan tabung sedemikian tanpa permit boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun, ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: