Tempatan

Jadikan Silat Satu Pakaian Pada Anak Muda Masa Kini – Gurulatih PSSGM

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 September 2022 – “Jadikan silat itu satu pakaian pada anak muda masa kini,” kata Gurulatih Kanan Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM), Khairulisham Mat kepada sebuah portal berita tempatan.

Kata beliau, menjadikan silat sebagai gaya hidup merupakan suatu perkara yang penting untuk anak muda masa kini kerana terdapat pelbagai ancaman dari sudut negatif terhadap golongan tersebut termasuklah dari segi media sosial, rakan sebaya atau mungkin masalah yang dihadapi dalam institusi keluarga itu sendiri.

Berikutan itu, didikan-didikan formal serta pembentukan karakter dan personaliti yang diperoleh melalui seni silat ini dapat melindungi anak muda dari pengaruh negatif tersebut.

Beliau berkata, konteks silat yang dilihat berperanan dalam mengekalkan kecergasan badan dan kecerdasan akal juga mempunyai peranan dalam membentuk jati diri di mana ia memberi keyakinan kepada anak-anak muda masa kini untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

Mengulas lanjut, latihan-latihan silat yang dijalankan sentiasa menerapkan nilai disiplin dan ia amat penting untuk anak remaja sekarang yang sentiasa terdedah dengan pelbagai ancaman-ancaman sosial yang negatif.

Justeru, dengan adanya seni silat, ia dapat membantu generasi itu untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan positif, jelasnya.

Pada 9 hingga 10 September ini, seramai 1,000 peserta bakal menyertai Kejohanan Terbuka Silat Gayong Malaysia yang diadakan di Ara Damansara.

Rizal Husin, Gurulatih Kanan PSSGM yang juga Ketua Kejohanan itu memaklumkan bahawa satu kategori baharu akan diperkenalkan iaitu pra kanak-kanak yang berusia sembilan tahun ke bawah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: