Tempatan

Jadi Satu Jenayah Promosikan Agama Lain Kepada Orang Islam – Che’gu Bard

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 Mac 2023 – “Islam agama Persekutuan! Maka menjadi satu jenayah untuk mempromosikan agama-agama lain di kalangan orang Islam. Itu jenayah!”

Tempelak Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’guBard dalam sebuah video di laman Facebook mengenai program ‘Jom Ziarah Gereja’ yang dianjurkan oleh sebuah NGO di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menurut beliau, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah membuat laporan ke atasnya kerana memfitnah.

Beliau mempersoalkan hal itu dan berkata, “Fitnah apa? Jangan kamu memfitnah orang dengan mengatakan benda betul itu fitnah! Nak cakap dengan saya apa? Penganjur yang menganjurkan program mengajak belia pergi ke gereja itu, bukan agensi Kementerian Belia? Bukan dibayar dibawah Kementerian Belia dan Sukan? Ataupun kamu nak cakap saya fitnah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan tidak ada menganjurkan program mengajak belia ke gereja?”

“Persoalan dan hakikatnya, kamu nak cakap, oh ada juga program ke masjid.”

Jelasnya, “Bumi ini namanya dibawah Persekutuan Tanah Melayu. Ini namanya Malaysia. Tanah ini ada tuannya, tanah ini ada rohnya. Kita selama ini aman, tidak ada masalah. Kita diikat dengan kontrak sosial, saling memahami. Kita diikat oleh Perlembagaan negara, saling memahami.”

“Tetapi dalam Artikel 11 menyatakan, Malaysia telah memutuskan Persekutuan agamanya ialah Islam!” tegas beliau.

BACA JUGA: Fatwa Sesat Selangor: Mahkamah Putuskan Rayuan SIS Tiada Merit

BACA JUGA: Fokus Kebajikan Guru KAFA, Bukan Fitnah – Zulkifli Yahya

BACA JUGA: “Jom Ziarah Gereja”: Ketua Pemuda UMNO Tidak Teragak-Agak Halang Program

Tambahnya lagi, Islam menghormati semua agama selagi ia membawa kepada keamanan, kedamaian dan tidak mengancam Islam. Bahkan, negara-negara yang pemerintahnya Islam wajib memberi perlindungan kepada pengikut agama lain.

Beliau turut mempersoalkan mengapa poster program itu dibuat dalam bahasa Melayu dan disasarkan kepada kelompok Melayu.

“Maksudnya apa? Bukan kamu nak sasarkan! Kamu nak rekrut belia Islam untuk kamu bawa ke gereja! Untuk apa? Oh kononnya nak tunjukkan yang agama ini semua sama!”

Tempelak beliau lagi, “Islam tidak sama dengan agama lain! Kita hormat agama kamu, tapi Islam tidak sama dengan agama lain. Sesiapa yang menyatakan Islam itu sama dengan agama lain, boleh terkeluar daripada Islam.”

Mengulas lanjut, Che’guBard juga memberi amaran dan bertegas kepada menteri itu agar program tersebut yang dijadualkan berlangsung di sebuah gereja di Klang dibatalkan.

“Saya bagi amaran batalkan program tersebut. Batalkan program tersebut!”

Sebelum ini, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal bin Saleh menegaskan beliau tidak akan teragak-agak untuk turun dan menghalang program “Jom Ziarah Gereja” yang dianjurkan oleh sebuah NGO di bawah Kementerian Belia Dan Sukan (KBS).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: