Antarabangsa

Barat Beruntung Rakyat Ukraine Sanggup Mati Untuk Mereka-Penasihat Presiden Ukraine

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISNIN, 17 Julai 2023 – Penasihat tinggi presiden Rusia, Mikhail Podoliak telah menyatakan bahawa Eropah patut bersyukur kerana warga Ukraine sanggup melawan Rusia dan musnah di medan perang bagi mewakili Eropah.

Kenyataan tersebut dibuat tidak lama setelah presiden Ukraine, Zelensky membentak negara-negara ahli NATO kerana tidak menyediakan jalan penyertaan buat Ukraine sewaktu persidangan di Lithuania minggu lalu.

Podoliak telah mengeluarkan kenyataan sedemikian sewaktu sesi temu bual bersama dengan rangkaian berita Delfi pada Jumaat lalu. Ujarnya,

“Eropah bernasib baik kerana terdapat negara yang seperti Ukraine, yang bersedia untuk mempertahankan gaya hidup Eropah yang didominasi oleh persaingan, demokrasi, kebebasan dan lain-lain, dengan kehidupan (para tentera mereka).

Menurut Podoliak, ahli politik serta pakar-pakar Barat yang ingin mengadakan kembali perundingan dengan Moscow adalah “ketinggalan zaman”.

Namun beliau memuji tindakan Menteri Luar Finland, Eliza Valtonen yang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa bantuan Barat terhadap Ukraine itu bukanlah satu bentuk kebajikan.

Valtonen seterusnya menyatakan bahawa Barat sebenarnya berjuang untuk kebebasan serta untuk keselamatan Eropah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: