Tempatan

Jabatan Bomba Bakal Wujudkan 5 Pangkalan Udara Baru

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUCHING, 18 Julai 2023 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merancang untuk mewujudkan sekurang-kurangnya lima pangkalan udara baharu, kata Ketua Pengarah JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin.

Menurut beliau, antara lokasi pangkalan udara baharu yang dirancang ialah di Pahang atau Terengganu di Zon Timur, Johor bagi Zon Selatan, Sabah dan satu pangkalan tetap di Sarawak.

Ia selaras dengan matlamat pasukan penyelamat itu untuk meningkatkan keupayaan mengubah masa tindak balas ke lokasi insiden dalam tempoh lapan minit, berbanding 10 minit ketika ini.

BACA JUGA: Awal Muharram: Kiswah Kaabah Ditukar Dengan Bantuan 7 Kren

BACA JUGA: Kolam Takungan Inisiatif Selangor Atasi Banjir Kilat

BACA JUGA: KKM Lakukan Siasatan Dakwaan Tangan Bayi Bengkak, Bernanah Selepas Terima Rawatan

Jelas Abdul Wahab, “Ketika ini, JBPM memiliki dua pangkalan udara di Semenanjung iaitu di Bertam, Pulau Pinang bagi Zon Utara dan Subang di Selangor bagi Zon Tengah manakala satu pangkalan sementara di Borneo iaitu di Miri, Sarawak.”

“Kita merancang untuk membina semua pangkalan udara baharu itu dalam Rolling Plan keempat (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), namun ia bergantung kepada kedudukan kewangan Kerajaan.”

Sehubungan itu, pihaknya turut berdepan kekangan untuk mendapatkan tanah sesuai yang berdekatan dengan lapangan terbang bagi membina pangkalan udara, misalnya bagi memindahkan Pangkalan Udara Miri ke Kuching.

Abdul Wahab berkata, JBPM kini sedang berusaha memindahkan Pangkalan Udara Miri ke Sibu selepas melihat kedudukannya di tengah Sarawak yang akan memudahkan lagi liputan penugasan pesawat bomba ke seluruh negeri itu.

Mengulas lanjut, pihaknya merancang untuk mendapatkan 4 helikopter baharu termasuk bagi keperluan helikopter ambulans ‘Emergency Medical Air Ambulance Rescue Services’ (EMARS).

Mereka juga memerlukan lebih 500 balai baru seluruh negara bagi memaksimakan keupayaan perkhidmatan jabatan itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: