Tempatan

IVERMECTIN: PPIM LAPOR PADA PDRM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini telah membuat satu laporan polis terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan keengganan KKM untuk menerima Ivermectin sebagai rawatan bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

Sesi laporan yang telah diadakan pada kira-kira jam 11 pagi tadi di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur turut dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM, toqqi@nadzimjohan merupakan antara inisiatif inklusif PPIM dalam memperjuangkan hak-hak kepenggunaan yang dilihat seakan tiada kompromi daripada pihak atasan dalam mempertimbangkan kaedah dan rawatan alternatif lain dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19 kini.

Menurutnya, keengganan KKM dalam mempertimbangkan keberkesanan penggunaan Ivermectin merupakan satu kesalahan jenayah yang menyebabkan kematian lebih 2300 orang pesakit Covid-19 di Malaysia. Walaupun KKM telah mendapat nasihat dan surat-surat daripada doktor-doktor pakar di Malaysia tentang Ivermectin ini, namun keengganan KKM seakan menjadi persoalan kepada seluruh masyarakat di Malaysia.

Telah banyak kajian klinikal membuktikan keberkesanan Ivermectin ini dalam mengurangkan risiko jangkitan sebanyak 88 peratus dan telah menunjukkan kemampuannya mengurangkan kadar kematian sebanyak 83 peratus. Telah banyak juga percubaan prophylaxis menunjukkan pengurangan yang menggalakkan penyebaran virus ini.

“Kematian setiap hari semakin bertambah, jika kita lambat sehari perkara ini akan membimbangkan kita semua. Kita seharusnya bersikap terbuka dan menerima pandangan daripada pihak lain selagi ianya terbukti berkesan bagi mencegah penularan Covid-19 ini” katanya.

PPIM juga menggesa agar kerajaan dan pihak KKM bersedia untuk membuat kajian lanjut dan menerima kaedah rawatan penggunaan Ivermectin dengan membangunkan protokol rawatan yang selamat secara menyeluruh kerana ia telah terbukti berkesan di beberapa buah negara yang kini berjaya mengurangkan jumlah kes Covid-19 serta varian-varian barunya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: