Tempatan

Lagi Kes Kencing Di CIQ Johor, Dua Warga Singapura Ditahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 16 Jun 2023 – Dua lagi lelaki warga Singapura ditahan pada Selasa selalu selepas dicekup ketika sedang membuang air kecil di tempat awam dalam Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat, kedua-dua lelaki berkenaan yang berusia 48 dengan 66 tahun ditahan pada jam 12.12 malam dan 3.56 pagi selepas menerima laporan daripada pegawai polis bantuan yang bertugas di bangunan tersebut.

BACA JUGA: Penunggang Ducati Terhumban Dari Flyover: Polis Minta Bantuan Media Kesan Suspek

BACA JUGA: Pengikut Ajaran Sesat ‘Si Hulk’ Dicekup Di Jasin

BACA JUGA: Beberapa Jalan Utama Sekitar Port Dickson Ditutup 19 Jun Ini

Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua lelaki terbabit negatif dadah.

Kata beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Dipinda 1987), di mana suspek berkelakuan menghina dan mereka boleh didenda RM100.

Manakala salah seorang suspek turut disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 kerana menetap di Malaysia tanpa pas yang sah.

Terdahulu, dalam satu video berdurasi 11 saat merakamkan seorang lelaki sedang melakukan perbuatan tidak senonoh itu di tempat awam dalam bangunan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: