Tempatan

Umat Islam Diseru Perbetul Arah Kiblat Ahad Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Mei 2023 – Umat Islam diseru memperbetulkan kedudukan arah kiblat di lokasi masing-masing pada Ahad ini (28 Mei 2023) jam 5.18 petang.

Pakar falak tanah air, Datuk Dr. Azhari Mohamed memaklumkan, peristiwa Istiwa A’dzam sering berlaku pada 28 Mei dan 16 Julai di mana laluan kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah.

Ketika itu, masyarakat Islam boleh menyemak semula arah kiblat dengan menggunakan sebarang objek tegak untuk melihat arah bayang lurus matahari. Garisan daripada bayang tersebut akan menunjukkan lokasi menghala ke arah Kaabah dan seterusnya ditanda sebagai panduan rujukan untuk ibadah solat.

Ujarnya lagi, hasil kiraan apabila matahari transit ketika Sudut Waktu Greenwich (GHA) menghasilkan waktu tepat Istiwa A’dzam iaitu 28 Mei, 5.18 petang dan 16 Julai, 5.27 petang.

BACA JUGA: Jam Pride LGBTQ Dirampas, Swatch Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

BACA JUGA: Salahkan Politik Semasa Punca Gagal Sea Games, Hannah Yeoh Ditanya Tentang Kenya, Cuba

BACA JUGA: Gelombang Haba 37°C, Pakar Gesa JKKP Keluarkan Garis Panduan

Azhari yang juga merupakan Penasihat Persatuan Falak Syarie Malaysia, turut bersetuju dengan paparan laman interaktif zenith terkenal antarabangsa, SunCalc yang menunjukkan matahari berada tepat atas Kaabah pada jam 12.18 tengah hari mengikut waktu tempatan Arab Saudi.

Dalam pada itu, kaedah ini sering digunakan umat Islam lebih 1,400 tahun dahulu sebelum penciptaan kompas bahkan dianggap antara cara alamiah yang berkesan untuk menentukan arah tepat kiblat umat Islam.

Sebelum ini, umat Islam di Malaysia sering disarankan menyemak arah kiblat pada jam 5.16 petang setiap 28 Mei.

Walau bagaimanapun, ianya dilewatkan dua minit berdasarkan penggunaan Almanak Falak Syarie Malaysia 2023 bagi rujukan peristiwa Istiwa A’dzam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: