Tempatan

Ivermectin: KKM Benarkan Guna Di ‘Luar Label’

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 26 Jun 2021 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membenarkan hospital memohon kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk menggunakan Ivermectin di ‘luar label’, termasuk merawat pesakit Covid-19.

Istilah penggunaan ubat di ‘luar label’ merujuk kepada ubat yang digunakan untuk tujuan berbeza daripada matlamat asal ia dihasilkan.

Tegas KKM, penggunaan ubat di ‘luar label’ hanya boleh dilakukan di bawah pengawasan dan pemantauan rapi.

“Seperti ubat lain, termasuk Lopinavir dan Kitonavir, jika ada petunjuk kuat bahawa ubat itu dapat digunakan, hospital boleh memohon kepada PBKD untuk penggunaan di luar label.”

Ivermectin menarik perhatian antarabangsa berikutan beberapa kajian kes dan ujian klinikal yang menunjukkan hasil memberangsangkan dalam merawat pesakit Covid-19.

Dan pada awal bulan Jun ini, KKM dan Pusat Penyelidikan Klinikal telah memulakan ujian untuk mengkaji kesan serta keberkesanan Ivermectin dalam rawatan pesakit Covid-19 berisiko tinggi di 12 hospital kerajaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: