Tempatan

Sudahlah Enggan Bayar Tambang, Penumpang Ludah Pula Pemandu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JUMAAT, 07 Januari 2022 – Seorang pemandu e-hailing InDriver berkongsi di laman Facebook pengalaman ngeri beliau berhadapan dengan penumpang yang enggan membayar tambang kemudian berkelakuan agresif pada Isnin baru-baru ini.

Dalam video yang dimuatnaik, kelihatan penumpang terbabit cuba untuk membuka pintu kenderaan yang terkunci kemudian melambai kepada pemandu dari tingkap penumpang hadapan. Sejurus tingkap dibuka, penumpang terbabit terus meludah ke arah pemandu.

Selain itu, pemandu tersebut juga mendakwa yang penumpang terbabit telah memecahkan nombor plat kereta beliau sebelum beredar.

“Sebelum lelaki tersebut beredar dari situ, beliau telah memecahkan nombor plat hadapan kenderaan In-Driver saya,” ujar beliau dalam sebuah laporan polis yang dimuat naik.

Berdasarkan laporan polis pemandu tersebut, penumpang tersebut dikatakan pada awalnya menyatakan yang dia hanya mempunyai RM 2 dan meminta untuk melakukan pembayaran selebihnya secara pemindahan wang atas talian (online transfer).

Penumpang tersebut kemudiannya meminta supaya lokasi ‘drop-off’ ditukar kepada tempat yang lain, tetapi pemandu tersebut meminta supaya pembayaran ke lokasi asal dijelaskan terlebih dahulu.

Berang dengan permintaan pemandu, penumpang tersebut memaksa pemandu meneruskan perjalanan dan berjanji akan membayar dalam bentuk tunai.

Setibanya di lokasi, pemandu meminta lebihan bayaran dijelaskan namun penumpang tersebut didakwa enggan membayar dan mula melakukan provokasi terhadap pemandu tersebut sebelum beredar pergi.

“Driver JB hati-hati dgn penumpang ni,” pesan beliau dalam hantaran tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: