Tempatan

Ancaman Siber: Malaysia Kekurangan 12 Ribu Pakar Keselamatan Siber

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 November 2023 – Malaysia masih kekurangan 12,000 pekerja pakar dalam keselamatan siber yang diperlukan bagi menangani sepenuhnya isu melibatkan ancaman siber.

Dalam satu teks ucapan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara hanya memiliki 13 ribu pekerja bidang itu berbanding sekurang-kurangnya 25,000 diperlukan menjelang 2025.

“Kekurangan pekerja berkemahiran dalam bidang keselamatan siber menunjukkan inisiatif diambil kerajaan tidak akan dapat menangani sepenuhnya isu ancaman siber dengan berkesan sekiranya tiada keupayaan, kesedaran, disiplin dan kerjasama dari semua pihak,” ujar beliau.

Anwar juga menggambarkan kerjasama antara Kerajaan, institusi pendidikan dan penggiat industri amat kritikal bagi mengatasi masalah tersebut.

Memetik laporan, teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan sempena Program Pembangunan Kapasiti dan Sesi Dialog Awam Rang Undang-Undang Keselamatan Siber di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM) minggu lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: