Tempatan

Isu Vaksinasi: PPIM Buat Semakan Kehakiman Minta Jawapan Daripada KKM

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 30 April 2021 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah membuat satu semakan kehakiman pada 27 April 2021 untuk meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjawab persoalan dan aduan daripada orang awam berkaitan vaksinasi.

Semakan kehakiman dibuat selepas surat permohonan yang dihantar oleh PPIM pada 20 Januari 2021 kepada pihak KKM bagi mendapatkan penjelasan yang sewajarnya berhubung isu-isu terkini Covid-19 di Malaysia tidak dijawab sehingga kini.

“Sebagai suara pengguna, kita datang bersama-sama hari ini dengan lawyer-lawyer kita, dengan plaintif-plaintif, doktor-doktor sama di sini membawa perkara ini ke mahkamah untuk meminta pihak mahkamah memberi arahan kepada pihak KKM untuk membantu menjawab supaya kita boleh kehadapankan jawapan itu kepada orang ramai,” kata Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.

Menurut seorang peguam dari pihak PPIM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos, terdapat empat pemohon yang telah memfailkan semakan kehakiman itu.

“Ada empat pemohon yang telah memfailkan semakan kehakiman ini. Antaranya tiga orang doktor. Jadi doktor ini pun mengambil bahagian dalam permohonan semakan ini kerana mereka juga merasakan bahawa perlunya rakyat mendapat jawapan-jawapan yang kukuh.”

“Oleh yang demikian, PPIM telah mengambil inisiatif untuk memfailkan semakan kehakiman berdasarkan kerana surat yang dihantar kepada KKM tidak dijawab,” tambah beliau.

Semakan kehakiman itu telah diserahkan kepada hakim di Mahkamah Kuala Lumpur, Tuanku Abdul Halim pada 27 April 2021.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button