Tempatan

Isu Tanah Perkuburan Islam Terhad: Fatwa Baharu Mungkin Diperlukan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 20 Ogos 2024 – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, isu melibatkan kawasan tanah perkuburan Islam yang terhad di kawasan bandar mungkin memerlukan pandangan atau fatwa baharu untuk diselesaikan.

Maklum beliau, tanah perkuburan Islam di Kuala Lumpur dijangka mampu menampung pengebumian jenazah bagi tempoh empat hingga enam tahun sahaja lagi.

Ujarnya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) boleh melihat pengalaman negara kecil seperti Singapura menguruskan jenazah.

“Pengalaman negara di luar terutama jiran kita Singapura iaitu negara yang kecil dan bagaimana mereka menguruskan jenazah jadi mungkin ada fatwa baharu dan ini tujuan kita ada konvensyen ini untuk mengambil iktibar dan pengalaman pengurusan bagi konteks JAWI,” katanya selepas menghadiri Konvensyen Transformasi Tanah Perkuburan Islam (TPI)  dan Pengurusan Jenazah Tahun 2024 di Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya baru-baru ini.

Mengulas lanjut, katanya, JAWI sedang membangunkan sebuah tanah perkuburan awam bersepadu khas untuk warga Wilayah Persekutuan di atas sebuah tanah berkeluasan 220 ekar di Semenyih.

Selepas tanah perkuburan Islam di Kuala Lumpur sudah penuh, semua jenazah akan mula dikebumikan di sana.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: