Tempatan

Isu Scammer: Mangsa Penipuan Boleh Saman Bank Kerana Cuai

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 29 Ogos 2022 – Mangsa scammer boleh mengemukakan saman terhadap institusi kewangan yang terlibat kerana cuai dalam menjaga data peribadi kewangan pelanggan sehingga berlakunya kerugian.

Pengamal undang-undang, Nur Aminahtul Mardian Md Nor berkata, mangsa berhak untuk berbuat sedemikian berikutan pihak bank yang gagal dalam menjalankan tanggungjawab untuk menjaga wang simpanan pelanggan biarpun kecuaian itu berkemungkinan datang daripada mangsa sendiri.

Tegas beliau, tanggungjawab dalam menjaga wang simpanan pelanggan merupakan 100 peratus di tangan pihak bank dan pihak bank tidak sepatutnya mengambil mudah dan lepas tangan terhadap kes penipuan yang berlaku.

“Meskipun mangsa tertekan pautan tertentu, pihak bank sepatutnya menjejaki duit itu keluar dan menghubungi pelanggan jika mengesyaki transaksi mencurigakan, bukannya terus membiarkan perkara ini berlaku,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Aduan, Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia (Amal Sejagat), Syed Kamarulzaman Syed Abdullah berkata, scammer juga semakin berani susulan daripada sikap pihak berkuasa yang tidak serius untuk menyiasat ‘jejak wang’ yang membabitkan penipuan keldai akaun itu.

Ujarnya, sesetengah bank terlalu banyak birokrasi dalam membantu pihak polis terutamanya dalam menyiasat paparan kamera litar tertutup sewaktu sindiket mengeluarkan wang hasil penipuan.

Justeru, Majlis Keselamatan Negara menerusi laman rasminya mengingatkan orang ramai yang menjadi mangsa scam untuk tampil melaporkan kepada pihak polis agar tindakan segera dapat dilaksanakan atau boleh juga terus merujuk kepada CCID di talian 03-26101599/1559.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: