Tempatan

Isu Raya Awal: Menteri Akan Rujuk Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 10 April 2023 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata bahawa beliau akan merujuk Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan berhubung isu raya awal yang tular ketika ini.

Lapor berita tempatan, Mohd Na’im akan membincangkan isu itu di peringkat jawatankuasa berkenaan supaya apa yang berlaku pada tahun lalu dapat dielakkan daripada berulang.

“Seboleh-bolehnya kita nak mengelakkan apa yang berlaku pada tahun lepas tidak berulang supaya umat Islam tidak terkejut.”

“Itu hasrat (elak raya terkejut) kita semua. Saya tidak mahu mengeluarkan kenyataan pramatang sebaliknya menyerahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR),” jelas beliau.

BACA JUGA: Rang Undang-Undang Kesalahan Seksual Kanak-Kanak Diluluskan Dewan Negara

BACA JUGA: Persiapan Aidilfitri, Kuala Lumpur Dijangka Sesak Sabtu Ini

BACA JUGA: Israel Lancar Serangan Udara Ke Atas Gaza

Menurutnya, umum juga mengetahui bahawa kuasa mengumumkan tarikh hari raya terletak di tangan PMBRR selaku pihak yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja. Oleh itu, beliau menasihatkan agar umat Islam bersabar dan menunggu.

“Jadi saya rasa kita kena tunggulah. Di pihak kita, pastinya nak elak benda itu. Bagaimanapun, ada satu kaedah dalam syarat yang menyebut ‘tindakan pemerintah yang bertanggungjawab itu didasarkan kepada kepentingan awam’.”

“Jadi saya ingat itu kriteria yang akan digunakan untuk memudahkan rakyat jika situasi itu berlaku kelak,” ulasnya lagi.

Terdahulu, pakar falak terkenal tanah air, Hanafiah Abdul Razak berkata bahawa pengumuman raya Aidilfitri tahun ini dijangka tidak akan menimbulkan suasana panik seperti tahun lalu.

Walau bagaimanapun, Pusat Astronomi Antarabangsa UAE menjangkakan negara-negara Islam bakal melihat hilal Syawal pada Khamis, 20 April ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: