Tempatan

Rejim Israel Mesti Diseret Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa – MAPIM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 12 Julai 2023 – “Rejim Israel mesti diseret ke The International Criminal Court (ICC) kerana jenayahnya dan langkah-langkah mesti diambil untuk mendakwa Israel,” gesa Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam sebuah kenyataan.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyaksikan keganasan berterusan Israel terhadap semua undang-undang antarabangsa bahkan rejim itu sentiasa terlepas dari tindakan jenayah dan melanggar semua klausa hak asasi manusia dalam pengisytiharan PBB.

Justeru, MAPIM menyeru PBB meletakkan Israel bertanggungjawab atas semua kekejaman yang dilakukan sekali gus menekankan bahawa mereka tidak boleh bersikap double standard terhadap jenayah rejim Zionis.

BACA JUGA: 100,000 Al-Quran Terjemahan Bakal Diedarkan Di Sweden Sumbangan Kuwait

BACA JUGA: Ternak Ayam Di Kandang Babi: Tauke Tiada Lesen Telah Dikompaun

BACA JUGA: Wanita China Punca Kecoh KLIA Didakwa Belum Pulang? KP SPRM Sila Jawab – CIJ

Sementara itu, Mohd Azmi memuji keengganan Ketua PBB menarik balik kecaman terhadap serbuan rejim haram aparteid Israel di Jenin.

Ujarnya, “Kami menyokong Setiausaha Agung, Antonio Guterres kerana berdiri teguh di atas kebenciannya terhadap tindakan jenayah Israel. Kami mengutuk Duta Israel PBB, Gilad Erdan yang mengecam Guterres atas kritikannya terhadap serangan tentera Israel ke atas Jenin.”

Tempelak beliau, “PBB perlu melakukan lebih daripada sekadar kutukan. Serangan Israel ke atas Jenin adalah jenayah perang yang jelas, Israel tidak boleh dibiarkan tanpa hukuman kerana serangan biadabnya terhadap orang awam.”

Tambahnya, serangan tersebut jelas mensasarkan penduduk awam kerana menyebabkan lebih 100 penduduk cedera, sekolah dan hospital rosak serta rangkaian air dan elektrik terganggu.

Lebih teruk lagi, Zionis Israel menghalang mangsa yang cedera daripada menerima rawatan perubatan tetapi malangnya Majlis Keselamatan tetap tidak mengambil tindakan terhadap jenayah mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: