Tempatan

Isu Penghakiman Mahkamah Yang Tidak Patuh Syariah: PEMBELA Kebangsaan Hantar Memorandum Majlis Agama Islam Seluruh Negara

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Mac 2022 – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), hari ini telah menggerakkan seluruh NGO Islam yang bernaung di bawah payung PEMBELA Kebangsaan, secara serentak menyerahkan memorandum kepada Majlis-Majlis Agama Islam seluruh negara berkaitan isu “Penghakiman Mahkamah Tidak Patuh Syariah” kepada Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) di seluruh Malaysia.

Serahan memorandum ini sebagai susulan beberapa penghakiman kes yang PEMBELA percaya tidak selari dengan peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, sebuah peruntukan yang menyatakan bahawa Islam adalah Agama bagi Persekutuan.

“Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA) menzahirkan rasa dukacita dan gusar walaupun jelas Islam adalah Agama bagi Persekutuan sepertimana termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, namun penghakiman-penghakiman mahkamah yang dibuat seolah-olah tidak menggambarkan keadaan sedemikian,” menurut memorandum tersebut.

Senarai Negeri Yang Telah Menyerahkan Memorandum Kepada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri:

1.Wakil PEMBELA Kebangsaan

Memorandum Isu Penghakiman Mahkamah Yang Tidak Patuh Syariah dari wakil PEMBELA Kebangsaan dihantar oleh PEMBELA Kebangsaan yang diketuai oleh Pengerusi PEMBELA, Hj Aminuddin Yahaya dan beberapa NGO lain kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Selangor-300x200.jpeg

 

2. Wakil PEMBELA Perak

Memorandum seterusnya diserahkan oleh NGO Jabat Perak kepada wakil Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

perak-300x225.jpeg

 

3. Wakil PEMBELA Melaka

Di Melaka, penyerahan dibuat Dr. Khair Razlan Bin Othman (Pengerusi Gabungan NGO Islam Melaka) di lobi utama MAIM.

Penerima memorandum adalah Tn. Hj. Muhammad Ikram bin Ibrahim (Setiausaha MAIM), disaksikan oleh SS Dato’ Mufti Melaka, Pegawai Undang-Undang MAIM dan rakan-rakan NGO.

melaka-300x225.jpeg

 

4. Wakil PEMBELA Terengganu

Memorandum diserahkan kepada Tuan Nazli Amirri Bin Ngah, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat) Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu.
(MAIDAM).

Terengganu-300x224.jpeg

 

5. Wakil PEMBELA Sabah

Pada pukul 11.30 pagi tadi, memorandum PEMBELA Sabah telah diserahkan dan diterima oleh Puan Erna Suzeana bt Awang Matusin, Pegawai Undang-undang MUIS. Beliau mengambil maklum dan panjangkan perkara ini kepada Jawatankuasa berkaitan.

sabah-300x169.jpeg

 

6. Wakil PEMBELA Pulau Pinang

Penyerahan memorandom Negeri Pulau Pinang telah selesai diserahkan kepada Dato Samsudin selaku Setiausaha Majlis Ugama Islam Pulau Pinang. Seluruh NGO Pulau Pinang turut hadir bersama di penyerahan tersebut.

pp-225x300.jpeg

 

7. Wakil PEMBELA Kelantan

Penyerahan memorandum Isu Penghakiman Mahkamah Yang Tidak Patuh Syariah oleh wakil PEMBELA negeri di buat di Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).

kelantan-225x300.jpeg

 

8. Wakil PEMBELA Johor

Penyerahan memorandum kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor bagi Isu Penghakiman Mahkamah Yang Tidak Patuh Syariah dibuat di Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Serahan dibuat oleh Tn Hj Mohd Tahir, Ketua Perhubungan Isma Negeri Johor merangkap wakil Pembela Negeri Johor kepada Tn Hj Anoar Sarimin, Timbalan Pengarah Operasi JAINJ pada pukul 12.00 tengahari.

johor-300x171.jpeg

 

9. Wakil PEMBELA Kedah

Kedah menjadi negeri terakhir hari ini menyerahkan memorandum, penyerahan disempurnakan oleh Ust Hakimi. Turut hadir, wakil dari Pertubuhan Warisan Pendekar Negeri Kedah.

Kedah-300x169.jpeg

 

10. Wakil PEMBELA Pahang

Di Pahang, penyerahan memorandum kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) akan dibuat pada hari esok 9 Mac 2022 (Rabu) jam 9 pagi, bertempat di Hotel Grand Makmur, Kuantan.
Memorandum tersebut akan diterima Dato’ Khiri (CEO MUIP).

Setakat hari ini serahan Memorandum Isu Penghakiman Mahkamah Yang Tidak Patuh Syariah, yang telah sempurna dilakukan ialah Selangor, Perak, Melaka, Terengganu, Sabah, Pulau Pinang, Kelantan, Johor dan Kedah.

Leave a Reply

Back to top button