Tempatan

Isu Pemerdagangan Tenaga Kerja Malaysia: PBB Usah Pekak Dan Buta

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 12 Oktober 2022 – “Adakah United Nations seolah-olah pekak dan buta dengan senario yang berlaku di Myanmar?” soal Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim.

Beliau menjelaskan dalam satu kenyataan media bahawa penyerahan memorandum kepada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu adalah bagi membuka mata PBB supaya sedar bahawa dengan berdiam diri, memekak telinga akan menyebabkan ratusan kematian di sana.

Oleh itu, beliau menyeru kepada PBB supaya tidak bersikap seperti bersekongkol dengan kerajaan Myanmar yang sunyi dan sepi, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku terhadap isu pemerdagangan manusia yang melibatkan rakyat Malaysia.

“Kita di sini tidak pernah menyeksa rakyat Myanmar, kita tidak pernah menjual dan mendagang rakyat Myanmar, kita tidak pernah membunuh rakyat Myanmar, Kerajaan kita, polis dan tentera menjaga keselamatan rakyat Myanmar. Mengapakah Myanmar tidak berbuat demikian kepada rakyat kita?”

Ketika penyerahan memorandum, Datuk Hishamuddin Hashim juga memaklumkan bahawa turut hadir salah seorang dari ibu kepada dua orang anaknya yang berumur 16 tahun dan 31 tahun juga merupakan mangsa pemerdagangan tenaga kerja Malaysia yang masih terperangkap di Myanmar.

Dalam pada itu, Datuk Hishamuddin Hashim juga mendedahkan beliau menerima panggilan setiap hari dari mangsa yang merayu ingin pulang.

Masalah hari ini adalah pihak MHO maklum mengenai isu ini tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyelamatkan mereka, ujar beliau yang memaklumkan tujuan datang ke PBB untuk mendapatkan bantuan dengan harapan bantuan akan dihulurkan oleh pihak PBB.

Justeru, PBB perlu mengeluarkan satu nota bantahan kepada Myanmar kerana negara tersebut menjadi destinasi pemerdagangan manusia yang terulung di rantau Asia, kata Datuk Hishamuddin Hashim sebagai langkah menyelesaikan isu pemerdagangan manusia ini.

Selain itu, langkah yang boleh diambil PBB adalah menggesa supaya sekiranya Myanmar tidak bertindak menghalang pemerdagangan manusia ini, mereka akan dikenakan sekatan ekonomi kerana bertoleransi dengan jenayah.

PBB juga perlu mengeluarkan satu penglibatan serius seperti mana badan tersebut terlibat di Iraq, Afghanistan, maka PBB juga perlu terlibat dengan menghantar ahli-ahli mereka dalam majlis keselamatan bagi menyelamat mangsa ini yang bukan sahaja rakyat Malaysia malah rakyat dari negara lain yang terperangkap di Myanmar.

Sekiranya ini tidak dilakukan oleh PBB, ia amatlah mengecewakan kerana tidak menjadi badan yang benar-benar membantu masyarakat menegakkan isu yang melibatkan kemanusiaan dan hak asasi manusia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: