Tempatan

Mula 1 Januari, Tambang Bas Di Putrajaya RM1

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 30 Disember 2022 – Perkhidmatan bas Nadiputra di Putrajaya secara percuma untuk rakyat Malaysia bakal mengenakan cas bayaran sebanyak RM1 mulai 1 Januari depan.

“Kadar tambang sebanyak RM1 sehala untuk enam laluan manakala satu laluan iaitu laluan P101 adalah percuma.”

Perbadanan Putrajaya dalam satu kenyataan memberitahu, pelaksanaan itu bertepatan dengan perubahan dalam pengurusan Nadiputra, dengan Rapid Bus Sdn. Bhd. mengambil alih operasi daripada Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd.

“Perkhidmatan bas henti-henti Putrajaya akan dioperasikan oleh Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) bermula 1 Januari 2023 dengan mengekalkan nama perkhidmatan bas sebagai Bas Nadiputra.”

Jelasnya, pembayaran boleh dilakukan secara tanpa tunai dengan menggunakan kad Touch n Go, manakala diskaun kadar tambang layak dimohon oleh golongan warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan pelajar.

Dalam pada itu, terdapat juga perubahan dalam laluan bas dan kekerapan.

“Sebanyak tujuh laluan diperkenalkan yang akan beroperasi bermula jam 6.30 pagi hingga 8.00 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan dari jam 7.00 pagi hingga 8.00 malam pada hari Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am.”

Orang ramai disarankan untuk melayari laman web www.myrapid.com.my atau ikuti Facebook myrapid bagi mendapatkan maklumat berkenaan operasi perkhidmatan bas henti-henti dan laluannya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: