Tempatan

Isu Pelancong China: ‘Ini Tanah besar ‘MaChina’ Maa..’ – CIJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 04 Januari 2023 – “Ini tanah besar ‘MaChina’ maa…”, komen Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia Cikgu Izzat Johari dalam hantaran di Facebooknya baru-baru ini.

“Apa ada hal. Menteri Pelancongan baru berikan amaran agar jangan komen bukan-bukan bagi pelancong baharu dari China yang bakal masuk pada 8 Januari 2023 ini,” ujar beliau lagi.

Kenyataan Cikgu Izzat Johari tersebut adalah mengulas mengenai isu yang sebelum ini dilaporkan bahawa lebih 1.2 juta warga China dikesan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba ke negara ini dalam tempoh di antara 2018 hingga 2021, tetapi kini orang ramai kini diminta supaya berhati-hati dalam mengeluarkan komen berkenaan ketibaan pelancong China bermula 8 Januari ini.

BACA JUGA: Ujian COVID-19 Ke Atas Semua Pelancong China Sebelum Terbang – Pakar

BACA JUGA: RM54.05 Juta Peruntukan Sekolah & Badan Bukan Islam

BACA JUGA: COVID-19: Malaysia Perlu Berhati-Hati Menerima Pelancong Dari China

Menteri Pelancongan Tiong King Sing sebelum ini, meminta supaya orang ramai terutama warganet diminta berhati-hati dalam memberi komen di media sosial berkaitan isu ketibaan pelancong China susulan pembukaan semula sempadan negara itu bermula 8 Januari ini.

Ia bertujuan supaya jalinan persahabatan antara Malaysia dan China tidak dirosakkan.

Timbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air, Hj Aminuddin Yahaya dalam satu kenyataan berkata, “Nampaknya Kerajaan lebih ‘sayangkan’ pelancong China yang berjuta-juta dan berduyun-duyun masuk ke Malaysia walaupun penularan varian baru COVID-19 di negara itu sedang menggila”.

“Pendirian Kerajaan untuk meneruskan kemasukan pelancong dari negara yang menjadi punca pandemik COVID-19 itu membuatkan rakyat Malaysia hidup dalam kebimbangan malah, keputusan itu dikatakan seolah-olah beriya-iya dalam menggalakkan pula.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: