Tempatan

Isu Kontraktor Bumiputera Gulung Tikar: Berlaku Pertambahan Kontraktor Bertaraf Bumiputera

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Julai 2022 – Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Kerja Raya, dalam parlimen hari ini memaklumkan bahawa rekod mendapati telah berlaku pertambahan kontraktor bertaraf bumiputera.

“Berdasarkan statistik laporan pendaftaran kontraktor daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk tempoh 2020 hingga ke 30 Jun 2022 sebanyak 25,481 kontraktor baru bertaraf bumiputera telah berdaftar dengan CIDB.” Jelas beliau.

Tambahnya lagi, bilangan kontraktor dengan sijil bertaraf bumiputera iyang tidak memperbaharui pendaftaran mereka hanyalah sebanyak 6,918.

“Hanya sebanyak 6,918 yang sdia ada bertaraf bumiputera tidak memperbaharui pendaftaran”

“Ini menunjukkan sebenarnya berlaku penambahan jumlah kontraktor bertaraf bumiputera sebanyak 18,563.” Tambahnya.

Beliau turut memaklumkan kepada sidang parlimen tentang jumlah kontraktor sedia ada yang bertaraf bumiputera.

“Sehingga kini, jumlah keseluruhan kontraktor gred G1 hingga ke G7 yang memiliki sijil bertaraf bumiputera adalah sebanyak 71,163.” Jelasnya.

Beliau turut memberikan penerangan tentang beberapa inisiatif bagi membantu kontraktor bumiputera:, dimana pelaksanaan Pekeliling Perbendeharaan Malaysia (PK 2.2) yang membantu kontraktor G1 ke G3 untuk mendapatkan projek kerajaan.

Menurutnya, kaedah perolehan secara sebut harga dinaikkan daripada RM500,000 ke RM800,000; dan syarat perubahan harga (variation of price) turut diperkenalkan, dimana pindaan terbaru menambahkan 11 barang binaan kedalam senarai.

Baru-baru ini Datuk Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli telah meminta Menteri Kanan Kerja Raya untuk menyatakan langkah yang diambil bagi menangani isu 50,000 kontraktor Bumiputera yang akan gulung tikar akibat kenaikan harga barangan binaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: