Tempatan

Isu Ketulenan Emas: Semak Dahulu Sebelum Labur

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 September 2022 – Mereka yang membeli emas untuk melabur dinasihatkan menyemak status ketulenannya agar tidak menanggung rugi apabila ingin menjualnya kelak.

Ini kerana tiada agensi khas yang mengawal selia dan boleh mengesahkan isi padu sebenar emas bar atau emas keping itu, lapor sebuah portal tempatan.

Menurut portal itu, sumber yang tidak dinamakan berkata, “Syarikat itu dakwa 916 berat satu gram walhal ada yang letak benda asing dan isipadu sebenar hanya 0.90 gram sahaja.”

“Masyarakat beli emas untuk pelaburan jangka panjang lebih-lebih lagi ketika susah terutamanya kini zaman inflasi. Namun, mereka mungkin terpaksa menanggung kerugian apabila ingin menjualnya kelak.”

Baru-baru ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan, sebanyak 7,916 pemeriksaan telah dijalankan dalam tempoh tiga tahun sehingga 26 Jun 2022 lalu terhadap premis-premis emas bagi memastikan tidak berlaku isu penyelewengan emas di pasaran.

Pemeriksaan itu dijalankan bagi memastikan premis-premis emas menjual emas yang tulen serta di bawah standard ketulenan ditetapkan.

Antara kesalahan yang dikesan adalah pelanggaran berhubung perihal dagangan palsu yang menunjukkan standard ketulenan artikel-artikel yang dibuat daripada logam berharga dan berkaitan resit.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: