Antarabangsa

Cubaan Bakar Masjid Kali Kedua, Polis Jerman Buka Siasatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BERLIN, 11 Mei 2023 – Polis di Jerman terus membuka siasatan terhadap seorang individu lelaki selepas cubaan menyerang dan membakar masjid buat kali kedua.

Media antarabangsa melaporkan, seorang lelaki berusia 34 tahun telah menumpahkan cecair mudah terbakar di dalam Masjid Fatih, bandar timur Dresden dalam cubaan membakar masjid berkenaan.

Individu itu kemudian melarikan diri dari tempat kejadian namun berjaya ditahan oleh pihak polis di rumahnya.

Menurut kenyataan polis, kebakaran kecil itu tidak merekodkan sebarang kecederaan namun telah menyebabkan kerosakan pada bangunan masjid.

BACA JUGA: Kelab LGBT Rahsia, Ibu Bapa Murid Tahun 6 Saman Sekolah

BACA JUGA: MAPIM Gesa Anwar Tolak Segala Percubaan Normalisasi Rejim Haram Aparteid Israel

BACA JUGA: Tindakan Bacul Rejim Zionis Israel Menyerang Semenanjung Gaza Perlu Dikutuk

Dalam pada itu, Pengerusi Yayasan masjid, Ramazan Yildirim berkata polis maklum mengenai penyerang itu kerana ia merupakan cubaan kali kedua untuk membakar masjid dalam tempoh sebulan.

Justeru itu, kumpulan Turki-Muslim DITIB telah meminta pihak berkuasa Jerman mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi komuniti Muslim di sana.

“Kami amat sedih dan bimbang dengan serangan seumpama itu yang menyasarkan masjid kami. Kami menjangkakan pihak berkuasa mengambil semua langkah yang perlu dan berharap serangan sedemikian akan berakhir,” kata Emre Simsek, Ahli Lembaga Penasihat DITIB.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Jerman telah menyaksikan peningkatan Islamofobia yang didorong oleh propaganda kumpulan sayap kanan. Berdasarkan data terkini, polis telah merekodkan sekurang-kurangnya 610 jenayah melibatkan kebencian Islamofobia pada tahun lalu.

Kira-kira 62 masjid diserang antara Januari hingga Disember 2022 dan sekurang-kurangnya 39 orang telah cedera akibat keganasan golongan anti-Muslim.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: