Tempatan

Isu Kapal: Saya Pun Kecewa, Tapi Kita Mesti Lihat Ke Hadapan – Hishammuddin

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Ogos 2022 – “Saya tahu banyak kelemahan. Saya pun juga kecewa, ramai kecewa. Tapi kita mesti lihat ke hadapan,” berikut merupakan petikan ucapan di Parlimen oleh Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia.

Menurutnya, fokus perlu diberikan supaya kapal yang dijanjikan dapat disiapkan, dalam masa yang sama membawa pihak yang bersalah ke muka pengadilan.

“Bagaimana kita dapat melihat ke hadapan untuk memastikan kapal-kapal yang dijanjikan sampai kepada TLDM? Mereka yang salah tetap dibawa ke muka pengadilan,” ujarnya.

Menurutnya, usaha ini dapat membela vendor-vendor dan veteran agar mendapat “hasil” dari sampainya kapal-kapal tersebut.

“Cara bagaimana kita dapat bela vendor-vendor dan juga veteran-veteran kita supaya mendapat hasilnya,” jelas beliau lagi.

Hishammuddin turut mendakwa bahawa pihak Kementerian Pertahanan Malaysia telah memberikan kerjasama kepada PAC, di mana jelasnya, sepanjang perjalanan proses tersebut, pertemuan bersama pihak PAC telahpun diadakan hampir 15 kali.

Leave a Reply

Back to top button