Tempatan

Serius Banteras Judi, Polis Johor Potong Elektrik 56 Premis Judi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR, 15 September 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang serius dalam membanteras isu judi telah mengambil tindakan dengan memotong bekalan elektrik di 56 buah premis yang menjalankan aktiviti judi dalam talian di seluruh negeri Johor.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, tindakan tersebut diambil selepas mendapat kelulusan untuk memotong bekalan yang mana, ia secara keseluruhannya melibatkan 66 buah premis.

Dalam pada itu, beliau memberitahu bawaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga akan membatalkan empat premis lagi yang terlibat dengan kegiatan tersebut.

“Sementara 13 premis lagi dalam permohonan untuk pembatalan lesen daripada PBT. Menerusi Op Dadu Khas ini, 652 premis telah diserbu dan diperiksa pihak berkuasa.”

“Seramai 718 orang telah ditangkap terdiri daripada 660 penjaga premis perjudian manakala 58 lagi adalah pemain. Semuanya berusia dalam lingkungan 19 hingga 60 tahun,” jelas Ketua Polis Johor berkenaan.

Datuk Kamarul turut memaklumkan, tangkapan terhadap mereka yang terlibat dalam aktiviti itu akan disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana menjaga atau mengurus atau membantu tempat perjudian terbuka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: