Antarabangsa

Iran Kini Adalah “Sasaran Sah” Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEL AVIV, 29 Januari 2024 – Menteri Ekonomi Israel, Nir Barkat telah mengeluarkan kenyataan yang telah memberi kebimbangan akan kemungkinan berlakunya konflik bersenjata di antara rejim haram tersebut dengan Iran, dengan mengatakan bahawa Iran kini telah menjadi “sasaran yang sah” bagi serangan Israel.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan menerusi media The Telegraph, yang mana dalam kenyataan yang sama Barkat turut mendakwa bahawa peperangan yang sedang berlaku di Gaza kini masih belum dilaksanakan dengan serangan penuh oleh tentera Israel. Ujarnya lagi,

“Mereka (Iran) tidak akan terlepas. Kepala ular itu adalah Tehran.”

“Saranan saya adalah untuk menggunakan strategi yang telah digunakan oleh Presiden Kennady sewaktu krisis misil Cuba.”

Kenyataan Barkat itu telah menyusuli kenyataan yang baru-baru ini yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang telah menyalahkan Iran kerana menyebelahi kumpulan pembebasan Gaza.

Netanyahu juga telah mendakwa bahawa Israel telahpun melancarkan beberapa serangan terus terhadap Iran. Ujar Netanyahu lagi,

“Iran adalah kepala sotong dan kamu lihat sesungut-sesungutnya berada di sekeliling daripada Houthi kepada Hezbollah kepada Hamas.”

Israel sebelum ini telah mendakwa bahawa Iran telah terlibat dalam plot serangan pada 7 Oktober lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: