Isu Hina Nabi: Menteri India Arah Roboh Rumah Muslim
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
UTTAR PRADESH, 14 Jun 2022 – Pihak berkuasa Uttar Pradesh merobohkan rumah beberapa tokoh Islam yang didakwa terlibat dalam protes minggu lalu yang membantah penghinaan ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath.
Menurut media tempatan, kawasan yang terlibat untuk dimusnahkan adalah di sekitar Kanpur, Sharanpur dan Prayagraj.
Antara rumah yang dirobohkan adalah rumah Javed Mohammad, iaitu ketua Parti Kebajikan India yang juga merupakan bapa kepada aktivis hak asasi Islam yang terkenal, Afreen Fatima.
The arbitrary police action against Afreen Fatima’s family is violation of civil rights.
UP government taking law in its own hands is Condemnable. Nupur Sharma isn’t being arrested but poor people are paying price for raising voice#StandWithAfreenFatima #MuslimLivesMatter pic.twitter.com/GmuaKCZCCb— Waris Pathan (@warispathan) June 12, 2022
Menurut jurucakap negeri, pertubuhan-pertubuhan yang terlibat dengan protes juga akan dikenakan tindakan yang sama.
Tindakan Yogi Adityanath itu mengundang kecaman orang ramai dan pemimpin pembangkang yang mengatakan kaedah tersebut adalah tidak berperlembagaan.
Sejak insiden kenyataan penghinaan Nabi Muhammad S.A.W. yang dibuat oleh Nupur Sharma, ramai umat Islam di India melakukan protes besar-besaran di beberapa negeri.
Kesannya, beribu-ribu umat Islam yang membantah kenyataan penghinaan Nabi Muhammad S.A.W. kini digantung tugas.
Menurut laporan, seramai lebih 300 orang yang terlibat dalam protes telah ditangkap polis dan diseksa.
Muslim protesters brutally thrashed in a police station in Uttar Pradesh state, which is ruled by Prime Minister Narendra Modi’s BJP.
— Raqib Hameed Naik (@raqib_naik) June 11, 2022