Tempatan

Isu Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah: Sepatutnya Dilihat Sebagai Satu Bentuk Pengajaran & Tarbiah – Datuk Dr Mohamed Hatta bin Mohamed Tarmizi

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Disember 2022 – Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 ini sepatutnya dilihat sebagai satu bentuk pengajaran dan tarbiah kepada umat Islam di negeri Terengganu khasnya dan seluruh negeri-negeri di Malaysia amnya, “ujar Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dan Pakar Fertiliti, Datuk Dr Mohamed Hatta bin Mohamed Tarmizi.

Sebenarnya, Enakmen ini sudah lama wujud dan terdapat juga di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia dan bukan sahaja di Terengganu, cumanya Terengganu baru sahaja meluluskan enakmen berkenaan.

Jadi,  ianya bukan men’jenayah’kan mereka yang mengandung luar nikah tetapi ia sebenarnya sebagai satu langkah menghindarkan kemudaratan yang lebih besar berlaku. Sebab itu, pada pandangan saya ia tidaklah boleh dianggap sebagai sesuatu yang zalim.

Beliau yang juga Timbalan Presiden I-Medik (Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia) itu berkata demikian ketika menjawab persoalan mengenai dakwaan yang menyifatkan kelulusan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 ini men’jenayah’kan kesalahan hamil atau melahirkan anak luar nikah sebagai sangat kejam dan menjejaskan sistem kesihatan negara.

Sebenarnya, inilah salah satu peranan dan langkah Kerajaan Negeri untuk membendung masalah mengandung di luar nikah. Malah, kalau kita lihat, Kerajaan Negeri Terengganu sendiri pada 2018 sudah membina sebuah rumah yang dipanggil ‘Rumah Generasiku Sayang’ iaitu rumah khas kepada remaja hamil luar nikah mendapat perlindungan sewajarnya.

Justeru, kalau dikatakan Kerajaan Negeri Terengganu mahu ‘victimise’ mereka yang terlanjur ini, kenapa pula dilancarkan rumah perlindungan untuk mereka ini?

Bukan itu sahaja, rumah ini juga mempunyai bantuan kemudahan seperti penjagaan antenatal, post-natal, psikososial dan bimbingan kerohanian bagi mengelak pengguguran haram.

“Jadi Kerajaan Terengganu sendiri telah membuat satu inisiatif yang sangat bagus seperti ini,“ ujarnya.

Maka, untuk mengatakan apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Terengganu ini sebagai kejam amatlah tidak masuk akal sama sekali kerana mereka telah lama mewujudkan prasarana dan program untuk golongan ini.  Sekali gus, Kerajaan tidak meminggirkan mereka seperti yang didakwa.

Ditanya mungkinkah kita perlu melindungi dan menambah baik akses kepada kontraseptif supaya wanita boleh memilih dan merancang kehamilan mereka?

Jelas beliau, perlu ada ‘sexual education’ yang holistik mengambil kira aspek biologi, kesihatan dan kerohanian.  Kerajaan memang sudah lama menyediakan kemudahan akses kepada kontraseptif agar wanita boleh memilih dan merancang kehamilan mereka. Pendekatan ‘abstinence’ dan ‘prevention’ adalah satu pendekatan yang bagus selari dengan negara kita yang mengambil Islam sebagai agama persekutuan dan resam adat Melayu Islam sebagai amalan .

Walau bagaimanapun, kita kena pergi balik ke ‘the root cause’ iaitu antara lain pergaulan bebas remaja, seks luar nikah dan pendedahan remaja kepada media massa sekarang yang penuh dengan ‘kebankrapan moral’.

Ditanya adakah dakwaan menjenayahkan kehamilan atau melahirkan anak luar nikah juga berpotensi meletakkan kakitangan kesihatan dalam situasi yang sukar dan mustahil kerana mereka terikat dengan kod tatakelakuan kononnya melanggar sumpah “first do no harm”?

Datuk Dr Mohamed Hatta menjelaskan, sebenarnya peranan kakitangan perubatan dan kesihatan di dalam kes sebegini ialah tidak ‘menghukum’ mereka malah untuk mendidik, memberi maklumat yang betul dan membantu mereka.

Malah, Kerajaan ada memberi sokongan dari sudut kesihatan, kewangan dan kerohanian.  Sebab itu, jika ada kes-kes seperti ini, akan kita rujuk kepada hospital-hospital Kementerian Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi-agensi sebagainya supaya penjagaannya lebih holistik.

Jadi, tidak timbul masalah mengatakan bahawa pengamal perubatan kesihatan berhadapan dengan masalah perundangan. SOPnya telah jelas digariskan oleh Kerajaan.

“Saya rasa kenyataan dan dakwaan sebegini adalah tidak wajar dan tidak bertanggungjawab. Saya sarankan mana-mana pihak, sebelum membuat kenyataan sebegini adalah lebih baik mengkaji dahulu sebab kenapa enakmen ini diadakan.”

Saya yakin, ia sudah dibincangkan dengan teliti sebelum pindaan dibuat oleh kesemua ‘stakeholders’ dikalangan Ahli  Dewan Negeri, dengan turut mengambil kira pandangan ilmiah dari ahli-ahli akademik, pakar-pakar perubatan dan pengamal undang-undang yang berkaitan sebelum mereka meluluskan enakmen undang-undang ini.

Perkara ini menurutnya, bukan boleh cuma sekadar tangkap muat dan diletakkan begitu saja di dalam Perlembagaan Negeri. Malah, saya yakin umum juga mengetahui prosesnya.

Tambah beliau, Kerajaan Negeri melihat masalah sosial yang berlaku sudah agak rumit, lebih-lebih lagi dikalangan generasi sekarang, maka inilah salah satu langkah Kerajaan Negeri untuk menangani masalah ini.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri perlu lebih banyak mengadakan inisiatif bagi mendidik dan memberi penerangan serta tarbiah kepada rakyat, “katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: